Posts

Showing posts with the label Penulisan

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an...

Perbincangan Kedai Kopi

Image
Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :) Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi  kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak). "Mamak, roti canai dua, kuah asing" "Mamak, teh tarik satu !" Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi. "Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula"  *yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangl...

Menjalani Cuti Semester Pertama

Image
Berubah ! Nah, semua orang inginkan perubahan. Berubah dari yang buruk, kepada yang baik. daripada yang baik kepada lebih baik ! Itu pengertian umum tentang berubah atau berhijrah. Alhamdulillah, Semester Pertama sebagai Mahasiswa Asasi berjaya kutempuhi. Banyak pengalaman baru, pendedahan yang lebih universal, pemikiran yang lebih liberal dan macam-macam lagi dogma dan norma yang dilalui. :) Selamat Tinggal Bilik. :D Cuti. Yang diberi hanya 3 minggu. 3 minggu ini jugalah aku penuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti Khususku untuk minggu cuti ini adalah 'Menguruskan Progrm Taaruf Asasi KUIS" untuk ambilan November 2012. Dan aku ditaklif sebagai Setiausaha. Nama pun s.u, jadi kerja memang banyak dan mobilisasi amat penting! Mujur, tuan pengarah program tinggal sekampung. Mantin ! he he. Kaau tak, tak tahu macam mana nak bergerak. Inilah hasilnya buku-buku milik sendiri dari rumah dan KUIS yang tak tahu mana lagi nak letak. :) OK, itu tentang Minggu...

Kita Promoter, Kita Duta !

Image
Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan. Kita ambil contoh, Kereta. Ciri-cirinya dapat dilihat melalui: > Jenis Enjin, > Gear > Rekaan Luaran dan Dalaman > Hal-hal Keselamatan > Ketahanan dan lain-lain. Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka. OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum. Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam? Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam. 1) Rabbaniyah Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe.. Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam. Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah. 2) Syumu...

Releven atau Tidak?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun ! Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu. Pelajar dari Negara luar turut sama belajar. Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu. Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua b...

Seminar Penulisan : Sebuah Coretan

Image
Rindu pada institut tempat aku pernah menimba ilmu sedikit terubat. Meski baru sebulan (4 minggu) aku tidak mengunjunginya, tetapi dengan hanya tempoh kurang 24 jam di sana, ia merupakan detik yang amat manis buat diriku. Setelah beberapa kali ingin ke sana (ITQAN) tetapi gagal, maka dengan beralasankan ingin mengikuti Seminar Penulisan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling (wadah untuk aku mengangkat nilai tambah diriku semasa di sana), maka kali ini aku tekad untuk ke sana. Atas dasar ukhuwah dan dakwah, maka aku ke sana. Pagi yang hening di ITQAN. Seminar Penulisan ini (jika tidak silap) merupakan seminar penulisan kali kedua yang pernah diadakan di Institut. Seminar kali pertama (tak ingat tahun bila) menampilkan dua penulis prolifik, Puan Nisah Haron dan Sdr. Faisal Tehrani. Untuk seminar kali ini, pihak UBK menampilkan Ustaz Muhadir Hj Joll (Kolumnis Majalah Q&A) dan Sdr. Zaid Akhtar (Novelis Salju Sakinah). Ustaz Muhadir Hj Joll : Slot Pertama Usta...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...