Posts

Showing posts with the label Buku

Senarai Penerima Anugerah - Anugerah Buku Negara 2022

Image
Kategori: Anugerah Perdana Tokoh Penulis Diraja Sultan Nazrin Shah Buku: Striving for Inclusive Development : From Pangkor to a Modern Malaysian State Penerbit: Oxford University Press ISBN 9789834729769 Penerbit Prolifik Dewan Bahasa dan Pustaka Penerbit Universiti Harapan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Kepimpinan Penerbit Pengajian Tinggi Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan Penerbit: Penerbit UPM Tokoh Penerbit Novel Prolifik Dato' Sri Wan Mohd Muzri Ramli Penerbit: Karya Seni Sdn Bhd Kategori: Anugerah ASEAN Sejarah Melayu Penulis: Dato' Dr Ahmad Dahlan Penerbit Buku Sejarah Melayu Kategori: Anugerah Pengajian Tinggi Buku Perniagaan & Ekonomi Terbaik Pemerkasaan Aktiviti Pengkomersialan Produk Penyelidikan di Universiti Penyunting: Norain Ismail, Zawiah Mat, Sazelin Arif Penerbit: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka ISBN 9789672454809 Buku Seni dan Kreatif Terbaik Tutorial Ilustrasi Digital Motosikal Penulis:Ghazali Daimin Penerbit: Penerbit Unive...

Ikatlah Seeratnya

Image
IKATLAH SEERATNYA Oleh: Amir Madani Zikra Kuhirup udara segar di kawasan rekreasi dalam kawasan kolej tempat kumenimba ilmu. Merenung tasik yang cukup indah, tenang airnya. Sesekali kelihatan beberapa ekor ikan muncul di permukaan. Diiringi angin yang seolah-olah membuai tubuh. Sungguh, petang Jumaat itu amat damai. Sedang asyik memandang panorama indah kurniaan Rabb al-Jalil, otakku ligat memikirkan tugasan yang diterima dari murabbiku semalam. Aku harus menyiapkannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Bukan lagi harus, malahan wajib kerana ia tugasan penting yang telah disepakati oleh kami semua secara bersama. TARBIYAH SENIOR Fikiranku melayang entah ke mana. Cuba mengimbau memori lama di saat aku di sekolah menengah dahulu. Aku pernah menuntut di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, terkenal dipanggil sebagai ITQAN. Itulah bumi aku ditarbiyah dan mentarbiyah diri. Bumi yang cukup berharga buat Ummah Khusus di Malaysia, dan di dunia secara amnya. Hari i...

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Image
Assalamualaikum w.b.t, Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :) Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha. Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa.. Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat. Apa-apa pu...

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20...

Baru atau lama, tidak ku peduli

Image
~motif tajuk? Nanti saya bagitahu ! he he. tet tet tet tet tet tet tet *bunyi montaj* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Anda masih lagi bersama-sama saya, Zahirul Nukman dalam blog ZahirulOnline~ *gaya pengacara MHI* ~sebenarnya, memang suka berangan-angan nak jadi pengacara/ nak cakap sorang-sorang ( gila )~ Gambar tiada kaitan dengan entri ini. sebenarnya. Alhamduillah, minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah kolej. Daftar penempatan pada hari Isnin. Kelas bermula juga pada Hari Isnin. Segalanya bermula pada Isnin. Nasib baiklah Pensyarah semua faham yang kami ni baru sampai ke kolej. Hari Isnin ada 3 subjek. Subjek pertama, Ustaz tunggu di pejabat. Nasib tak tunggu di Audi. Kalau tak, nanye ~ Subjek kedua, lecturer awal2 dah batalkan. terbaik! Subjek ketiga, pada mulanya nak buat kelas, tapi akhirnya beliau batalkan. Fuh ! Disebabkan pada mulanya subjek ketiga tu nak buat kelas, saya sampai ke KUIS lebih awal daripada apa yang dirancang. Targ...

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an...

Menjalani Cuti Semester Pertama

Image
Berubah ! Nah, semua orang inginkan perubahan. Berubah dari yang buruk, kepada yang baik. daripada yang baik kepada lebih baik ! Itu pengertian umum tentang berubah atau berhijrah. Alhamdulillah, Semester Pertama sebagai Mahasiswa Asasi berjaya kutempuhi. Banyak pengalaman baru, pendedahan yang lebih universal, pemikiran yang lebih liberal dan macam-macam lagi dogma dan norma yang dilalui. :) Selamat Tinggal Bilik. :D Cuti. Yang diberi hanya 3 minggu. 3 minggu ini jugalah aku penuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti Khususku untuk minggu cuti ini adalah 'Menguruskan Progrm Taaruf Asasi KUIS" untuk ambilan November 2012. Dan aku ditaklif sebagai Setiausaha. Nama pun s.u, jadi kerja memang banyak dan mobilisasi amat penting! Mujur, tuan pengarah program tinggal sekampung. Mantin ! he he. Kaau tak, tak tahu macam mana nak bergerak. Inilah hasilnya buku-buku milik sendiri dari rumah dan KUIS yang tak tahu mana lagi nak letak. :) OK, itu tentang Minggu...

Dua Acara Satu Hari : amal dan Ilmu terpateri

Image
alhamdulillah, setelah lama menunggu, akhirnya 428 muncul. harinya hari sabtu. entah mengapa, institutku membenarkan pelajar semua bercuti. satu rahmat bagi kami. semua pelajar bercuti. dan 428 menjelma. aku bangkit bersiap sedia. seawal jam 7.30 sudah muncul di KTM seremban. menunggu rakyat marhaen seremban menaiki komuter menuju kota raya kuala lumpur... bersamaku pimpinan pas seremban, mungkin juga satu negeri sembilan. jam 0855 pun datang, lalu kami menaiki gerabak berdiri segerabak dengan YB paroi, yang telah naik dari sungai gadut melalui stesen ke stesen dengan sorakan, dan takbir tatkala ramai yang mengenakan pakaian kuning sedang menanti gerabak kami atas tiket tertera Seremban - KL Sentral, tetapi terlajak hingga ke Kuala Lumpur. pedulikan. nasib menyebelahi aku. tuhan ingin menolong. jujur, tiba di Kuala Lumpur, aku telah terpisah dengan rombongan Seremban tadi. cuma cuba mengekori ke mana yb paori pergi. kita bergerak menuju masjid n...

Nota 5 2012 : Riadah Satu Tarbiah

Image
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca =) Rindu kepada Semua pembaca. (Ada ke yang nak baca? =.=’) Insya-Allah, saya menitipkan lagi tulisan #Nota2012 untuk siri yang ke-5, bagi bahagian kedua Bulan Mac ini. 16 Mac 2012 (Jumaat) Hari ini hari Jumaat. Tak banyak aktiviti pada hari ini. Hanya menghadiri Masjid Kariah Pekan Mantin bersama keluarga bagi menunaikan solat Jumaat. :) 17 Mac 2012 (Sabtu) Hari ini rumahku didatangi oleh makcik saudaraku sebelah bapa, Puan Dasimah Hassan dan keluarga. Saya memanggilnya sebagai Ummi. Mereka sekeluarga datang atas sebab-sebab tertentu *yang tidak perlu dinyatakan di sini* .   18 Mac 2012 (Ahad) Hari ini saya pulang semula ke institut tempatku belajar. Menaiki bas seorang diri. :D biasanya, ramai yang ikut bersama, tapi kali ini i’m alone~ haha. Ummi (My aunt) pula meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. 19 Mac 2012 (Isnin) Insya-Allah, hari ini, saya  akan menyambung semula Peperiksaan Semeste...

Nota 4 2012 – Ujian Dihadapi, Cabaran Diatasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Insya-Allah, seperti biasa, aku akan membawa sedikit khabar berita untuk tatapan pembaca semua. =) Tajuk kali ini berkaitan dengan ujian dan cabaran. Ya, kedua-duanya saling berkait. Ujian dan Cabaran , kedua-duanya adalah pakej bersama apabila kita diHIDUPkan. :) Jadi, ayuh, hadapi ujian, atasi cabaran bersama. ! 1 Mac 2012 Hari ini merupakan hari pertama bagi guru-guru yang dipindahkan ke institutku. Mereka ialah Ustaz Mohd Roikhan Zubir dan Cikgu Mohamad bin Aspari. 2 Mac 2012 Hari Jumaat, seperti biasa Institutku akan mengadakan Perhimpunan Perdana. Ia merupakan perhimpunan pertama bagi 2 orang guru baharu ITQAN. :) Banyak wasiat dan nasihat yang diberikan mereka berdua pada ucapan pertama mereka dalam perhimpunan tersebut. “The First Law of Success is You Must Sacrifice !” – Cikgu Mohamad bin Aspari, GPK HEM ITQAN “Jangan kalian kehausan di dalam hujan yang lebat !” – Ustaz Mohd Roikhan bin Zubir, GPK Akademik ITQAN ...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...