Nota 4 2012 – Ujian Dihadapi, Cabaran Diatasi
Assalamualaikum w.b.t.
Insya-Allah, seperti biasa, aku akan
membawa sedikit khabar berita untuk tatapan pembaca semua. =) Tajuk kali ini
berkaitan dengan ujian dan cabaran. Ya, kedua-duanya saling berkait. Ujian dan Cabaran , kedua-duanya adalah pakej bersama apabila kita diHIDUPkan. :) Jadi, ayuh, hadapi ujian, atasi cabaran bersama. !
1 Mac 2012
Hari ini merupakan hari pertama bagi
guru-guru yang dipindahkan ke institutku. Mereka ialah Ustaz Mohd Roikhan Zubir
dan Cikgu Mohamad bin Aspari.
2 Mac 2012
Hari Jumaat, seperti biasa
Institutku akan mengadakan Perhimpunan Perdana. Ia merupakan perhimpunan
pertama bagi 2 orang guru baharu ITQAN. :) Banyak wasiat dan nasihat yang
diberikan mereka berdua pada ucapan pertama mereka dalam perhimpunan tersebut.
“The First Law of Success is You
Must Sacrifice !”
– Cikgu Mohamad bin Aspari, GPK HEM ITQAN
“Jangan kalian kehausan di dalam hujan
yang lebat !”
– Ustaz Mohd Roikhan bin Zubir, GPK
Akademik ITQAN
3 Mac 2012
Hari ini kami (aku dan pelajar
Semester seramai 42 orang) ke Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya. Rombongan tersebut
dikelolakan oleh Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi ITQAN (PAKSI) dan Akhi
Arif sebagai Pengarah Program.
Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya
dianjurkan oleh Sinergi Ilmu. Ia menghimpunkan banyak penerbit buku Islam.
Antaranya Telaga Biru, Kemilau Publika, Grup Buku Karangkraf, PTS Publications,
dan ramai lagi. Alhamdulillah, aku sempat membeli 4 buah buku iaitu Travelog
Wartawan Islam karya Roslan Hamid, Makna Sebuah Kehidupan (Raja Ahmad Mukhlis
Raja Jamaluddin), Ustaz Azhar Idrus : Daie Sejuta Ummat (Riduan Mohamad Nor)
dan Kumpulan Cerpen Cinta Kun Fayakun (A.Ubaidillah Alias).
Sudah agak lama aku tidak melawat
Putrajaya. Hehe… Ternyata bandarnya amat terancang dan cantik. Kami sempat
mengambil beberapa shot gambar. (ahaks… :P) Kami meronda-ronda sehingga pukul 3
petang. Kemudian, kami menjelajah pula ke Alamanda Putrajaya untuk makan tengah
hari dan shopping ! Aku, Aiman dan Amien (laman blog Amien) meronda-ronda
sekitar bangunan beli belah terkemuka ini.
9 Mac 2012
Seminggu meneruskan pengajian
seperti biasa di Institut. Minggu hadapan kami akan menjalani peperiksaan
Semester 2 Diploma. Hari ini, Abang aku datang ke Institut. ^^ Amat, amat suka.
Haha.
Minggu Peperiksaan Semester Diploma
Darul Quran
12 Mac 2012
Hari ini Peperiksaan Semester
bermula. Subjek hari ini ialah Hifz Al-Quran Syafawi. Peperiksaan subjek ini
mengkehendaki kami untuk menjawab soalan al-Quran secara lisan. Kami menjalani
peperiksaan seperti biasa, dengan gemuruh dan gementar!!! Apa tidaknya,
pepriksaan ini merupakan peperiksaan paling berdebar oleh pelajar ITQAN. Hehe.
Maghribnya, aku menerima panggilan
daripada ibuku, bahawa Nyang (Makcik kepada Nenek) aku telah meninggal dunia
pagi tadi. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Almarhumah sebenarnya telah lama
ditimpa sakit (aku tak tahu apa nama penyakitya). Al-Fatihah buat Almarhumah
Hajah Mariam binti Ariffin.
13 Mac 2012
Hari ini kami menjalani peperiksaan
bagi subjek Asas Qiraat Amali. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk membaca
ayat al-Quran mengikut cara bacaan (Qiraat) imam-imam Qiraat yang Tujuh.
Sebagai pengetahuan, Imam Qiraat yang Tujuh ialah Imam Nafi’, Imam Ibn Kathir,
Imam Abu Amru, Imam Ibn Amir, Imam Asim, Imam Hamzah, dan Imam Al-Kisaie.
Pagi tadi, selepas solat subuh, aku
mendapat berita bahawa adik Nurul yang dilaporkan hilang di media tempatan
telah disahkan meninggal dunia akibat dibakar. Mayatnya yang rentung ditemui di
sebuah hutan.
Aduh, masih ada lagi manusia yang
berhati binatang seperti ini.
1. Al-Fatihah buat almarhumah adik
Nurul.
2. Dengan adanya kes begini, ramai
pihak perlu buka mata.
> Ibu bapa – hendaklah sentiasa keep
on eye setiap pergerakan anak mereka. Jangan biiarkan mereka keseorangan
walaupun di dalam rumah ! Sentiasa bertanya perkembangan anak mereka semasa
berada di pusat asuhan kanak-kanak.
> Masyarakat – hendaklah
menguatkan ikatan kejiranan dengan kuat. Tunaikan hak jiran anda. Sentiasa peka
dan ambil peguli tentang keadaan sekeliling kita.
> Kerajaan – kerajaan perlu sedar
bahawa NEGARA KITA BELUM SELAMAT. Walaupun laporan anilisis tebaharu mengatakan
Malaysia adalah negara selamat no satu di Asia Tenggara, kerajaan perlu
mengambil tindakan atau menggubal sebuah akta untuk melindungi hak dan
keselamatan ankanak-kanak kecil
# Hari ini merupakan episod terakhir
kisah percintaan Amir Ashraf dan Zara Aishah dalam Drama Rantaan Slot Lestary
TV3, Vanila Coklat. :) *layan jugalah bila tengok cerita ni dari awal. bhehe... #dalamhatiadetaman jugak rupanye..
14 Mac 2012
Hari ini kami menjalani peperiksaan
bagi subjek Hifz Al-Quran Tahriri. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami
untuk menjawab soalan al-Quran secara bertulis (ujian bertulis).
15 Mac 2012
Hari ini kami menjalani peperiksaan
bagi subjek Ilmu Tajqid. Peperiksaan subjek ini mengkehendaki kami untuk
menjawab soalan-soalan berkaitan ilmu tajwid al-Quran. Soalan adalah dalam
bentuk subjektif.
Hari ini kami pulang ke rumah
masing-masing. Cuti sekolah akan habis. Ini bermakna minggu depan kami akan
menjalani pepriksaan dengan suasana ITQAN yang agak sibuk. Hehe.
Hari ini juga abang aku datang ke ruah. Pada mulanya, ingatkan dia ni nak jumpa kejap je kat *Bandar Raya* Seremban, tapi dia sendiri nak hantar aku ke rumah. ha, bagus la tukan.? hehe... Dalam sejam jugalah dia lepak, makan-makan, borak-borak dengan famili aku. Dalam pukul 6 petang, dia pun balik. Terharu sesangat, Thank you for coming my home.. (:
---------------------------------------------------------------
Ok, itu sahaja coretan untuk Separuh bulan Mac ini. :)
Rencana, pandangan dan pendapat aku buat masa sekarang ni tunggu dulu. Tunggu apabila mood sampai.
Oh mood, cepatlah sampai. hmm... :(
wassalam.
Comments