Posts

Showing posts with the label Malaysia

Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

Image
TENGKU AMPUAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI SELANGOR. Tahukah anda, pasangan kepada DYMM Sultan Selangor akan memakai salah satu daripada dua gelaran iaitu 'Tengku Ampuan' atau 'Tengku Permaisuri'. Pasangan DYMM Selangor sekarang (tahun ditulis : 2018), DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memegang gelaran Tengku Permaisuri, dengan nama rasmi "DYMM Tengku Permaisuri Norashikin" . Jadi, kenapa tidak mengguna pakai "Tengku Ampuan" seperti bekas penyandang Tengku Ampuan Selangor sebelum ini seperti Tengku Ampuan Rahimah dan Nenda Sultan Selangor, Tengku Ampuan Jemaah ? Ini adalah disebabkan syarat pemegang gelaran "Tengku Ampuan" mestilah Isteri DYMM Sultan yang berkahwin secara sah mengikut agama Islam, BERDARAH RAJA, berbangsa Melayu dan menganut agama Islam Manakala bagi pemegang gelaran "Tengku Permaisuri" pula, syarat-syarat sama seperti Tengku Ampuan, kecuali bukan berdarah raja. Maksudnya, faktor pe...

Membahagi Wilayah Islam Seperti Pusaka Orang Mati : Nusantara Tidak Terkecuali

Image
MEMBAHAGI WILAYAH ISLAM SEPERTI PUSAKA ORANG MATI :  NUSANTARA TIDAK TERKECUALI. Perjanjian Bangkok telah dimeterai antara British dan Siam pada Januari 1909, namun pada Julai 1909 baru ia disahkan.  Walau bagaimanapun, British mengambil masa 21 tahun untuk memastikan semua negeri jajahan mereka (yang dikenali Negeri-negeri Tidak Bersekutu) untuk bersetuju dengan Perjanjian tersebut. Satu tempoh yang agak lama untuk 'memujuk Sultan yang memerintah' dan 'merasionalkan perjanjian yang pada awalnya dibantah'. Kelantan adalah negeri terawal menandatangani perjanjian dengan British iaitu tahun 1910. Selepas melalui tempoh yang panjang, Terengganu menandatanganinya pada 1919. Kedah pula pada 1923 dan Perlis pada 1930. Akibat daripada perjanjian ini, wilayah-wilayah Islam di Tanah Melayu dipecahkan kepada dua. Wilayah Patani, Narathiwat dan Songkhla diserahkan kepada Siam. Begitu juga Wilayah Setul (kini Satun) yang kalau diikutkan lebih rapat dengan Nege...

"Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia."

Image
Seronok bila Ustaz menyebut : "Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia." Teringat sejak waktu kecil lagi, saya dibesarkan dengan meja belajarku diletakkan peta dunia dihadapannya. Di sekolah rendah pula, saya mengambil subjek Kajian Tempatan. Subjek Pengetahuan Am yang sangat saya minati. (Ustazah yang mengajarku dahulu kini belajar sama kampus denganku. :p ) Di sekolah menengah rendah pula, saya mengambil subjek Geografi. Tahun saya mengambil PMR adalah tahun 2008 yang hangat dengan Pilihan Raya Umum ke-11. Kebiasaan bagi akhbar adalah menerbitkan sisipan khas PRU yang mempunyai peta kawasan pilihan raya. Apa lagi, kubaca dan kuhadam nama-nama tempat yang terdapat di Malaysia. Alhamdulillah, dek kerana minat tersebut, Geografi adalah subjek yang saya skor. Haha. Khulasahnya, jom didik keluarga dan rakan anda dengan menanam sifat 'kuasai dunia' dengan memiliki peta sekarang ! :)

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.

Image
PEMBUKA Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini. I ------------------------------- Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi. Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga. Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita. Walau benar sekalipun yang disampaikan, nilai akhlak di paras yang mendukacitakan, Maka, sia-sia usaha anda. Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas. II ---------------------------------------- Kuat berdemo, turun ke jalanraya, Namun jati diri sebagai Muslim tiada. Musnah dan deritalah agama. III ---------------------------------------- Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini. Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah, Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG. 1) Idealisme ...

[Kemas Kini] Calon Pakatan Rakyat PRU-13

Image
Nota: 1. Berikut adalah senarai calon rasmi Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 20 April 2013 2. Terdapat 7 Kerusi bertindih yang melibatkan PKR dan PAS. 22 April 2013 nanti akan diketahui. Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat. Sumber adalah daripada: 1) Portal Rasmi PRU Suruhanjaya Pilihan Raya : http://www.spr.gov.my Perlis P.001   Padang Besar               PAS:    Azamhari bin Mohamood N.01    Titi Tinggi                    DAP:    Teh Seng Chuan N.02    Beseri                          PAS:    Wan Kharizal bin Wan Khazim N.03    Chuping          ...