Posts

Showing posts with the label KHAS BUAT SAHABAT

Selepas 10 Tahun

Image
Hari ni, kami ke majlis perkahwinan Effina, pengawas masa kami sekolah rendah dulu. Dalam gambar ni, bermula dari sebelah aku (berbaju kuning), namanya Noor Azwan Nawawi, Hazim Halim dan Zaid Jamsari. Hazim aku pernah terserempak masa form 3, yang lain aku tak pernah nampak, dan hari ni hari pertama kami berjumpa lepas habis UPSR (UPSR ea, bukan sekolah menengah) Azwan, aku tak berapa nak cam muka dia sebenarnya, sebab tak berapa rapat sebelum ni, dan dia kelas lain masa sekolah rendah dulu. Satu lagi, tak pernah jumpa. Kami contact semua melalui whatsapp je. Tapi bila pandang muka tadi masa sampai kat Beranang, terus ingat balik siapa Azwan Nawawi . haha. *Teruk betul Ketua Pengawas ni. Eh?* Haha. Zaid Jamsari, dulu antara yang agak rapat masa sekolah rendah dulu. Dah besar dah dia sekarang, hahaha. Tapi badan dia maintain je. Bagus dia ni, bersenam selalu. Hazim, rumah kami dekat, tapi biasalah, busy. Haha. Masing masing tak jumpa-jumpa. And now, kami berpisah semula...

#PrayForGaza

Image
Assalamualaikum. tiada yang inginku katakan. hanya titipan gambar, video untuk kalian. dan doa buat saudara-saudaraku di sana. Allahu Akbar ! -video- Ayuh ! Bersatu demi Palestin. -gambar- sumber: twitter. search: #PrayForGaza Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511) Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511) Allahu Akbar ! T_T Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'( Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'( They won't give up, and we won't stop supporting them. Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar ! Itu sahaja, tiada kata lain. Hasbunallahu Ni'mal Wakil ! Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir ! اللهم انصر المسلمين في فلسطين اللهم انصر الإسلام و المسلمين في ...

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an...

Pembentangan, Qurban dan Haji.

Image
‎[SalamAidiladha]  Gambar: Iluvislam.com Di hari yang mulia, ayuh kita hayati sirah pengorbanan Nabi Al-Khalil Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, juga Siti Sarah. Audit diri kita, bagaimana kita aplikasikan kisah pengorbanan mereka dalam kehidupan? Ibadah Qurban dan Haji diibaratkan seperti Assignment Presentation. Jika Presentation, Lagi cantik kita persembahkan (dari segi stail slaid, warna slaid, penampilan pembentang), lagi banyak dapat markah. Begitu juga Qurban, Lagi elok haiwan yang dipilih (dari segi jenisnya, warnanya, cara penyembelihannya), lagi banyak dapat pahala. Begitu juga Haji, Lagi elok tertibnya Haji kita (sempurna Wajib dan Rukunnya, Perelok Sunnah, dan lain-lain), maka makin bertambah rapat kita dengan Allah. Insya-Allah, Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, Walillahil-hamd ^_^ Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga. ^_^ Tinggalkan komentar. :)

Nota 4 2012 – Ujian Dihadapi, Cabaran Diatasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Insya-Allah, seperti biasa, aku akan membawa sedikit khabar berita untuk tatapan pembaca semua. =) Tajuk kali ini berkaitan dengan ujian dan cabaran. Ya, kedua-duanya saling berkait. Ujian dan Cabaran , kedua-duanya adalah pakej bersama apabila kita diHIDUPkan. :) Jadi, ayuh, hadapi ujian, atasi cabaran bersama. ! 1 Mac 2012 Hari ini merupakan hari pertama bagi guru-guru yang dipindahkan ke institutku. Mereka ialah Ustaz Mohd Roikhan Zubir dan Cikgu Mohamad bin Aspari. 2 Mac 2012 Hari Jumaat, seperti biasa Institutku akan mengadakan Perhimpunan Perdana. Ia merupakan perhimpunan pertama bagi 2 orang guru baharu ITQAN. :) Banyak wasiat dan nasihat yang diberikan mereka berdua pada ucapan pertama mereka dalam perhimpunan tersebut. “The First Law of Success is You Must Sacrifice !” – Cikgu Mohamad bin Aspari, GPK HEM ITQAN “Jangan kalian kehausan di dalam hujan yang lebat !” – Ustaz Mohd Roikhan bin Zubir, GPK Akademik ITQAN ...

Kisah seorang Abang. =)

Image
Di tempat pegajianku, aku mempunyai ABANG. Kewujudannya amat bermakna buat diriku. Ada sejarah yang tersendiri terhadapku. :) -------------------------------------------------------------------------------------- Si ABANG. Namanya Abdullah bin Omar. Kami bukanlah kawan rapat pada mulanya. Namun, Allah memberikan peluang kepadaku untuk berkenalan dengannya dengan lebih erat walaupun masanya amat-amat singkat. (5 bulan kot ~) Ianya suratan dari-Nya. 5 bulan yang bermakna. :') Aku sering kali lepak bersama-sama dengannya. Dia tempat aku luah masalah (erk...aku rasa dia yang banyak luah masalah.. :P), luah perasaan (marah, bengang, sedih, suka dll). Dan satu perkara yang tertarik ialah, He always taking care about me. *ceh, sajo nak kasi dio up. haha I'm really2 appreciate someone who appreciate me. =) Act. selama ini, tiada lagi orang yang nasihat aku bagai seorang abang (ada yang menasihatiku, tapi sebagai sahabat.) Tiada seorang yang sanggup cerita masa...

ZahirulOnline di-'review' ???

Image
Ucapan terima kasih kepada Si Budak Banjir kerana telah membuat sebuah review tentang blogku yang tidak seberapa ini. :) Ya, aku telah direview dan dikritik sedikit oleh beliau. Biasalah, bila direview, pastinya ada sedikit teguran yang membina, betul tak? :) Gambar tiada kaitan dengan blog beliau Komentar Aku: 1. Budak Banjir memang suka ambil hati kawan. 2. Blog ini memang untuk perkongsian pendapat dan pandangan daripada saya, yang di pandang dari sudut logik saya, di samping merujuk serba sedikit pada kitab-kitab agama, termasuklah Al-Quran. 3. Entri tentang hari lahir beliau, memang aku buatkan khas untuk beliau. (*alasannya: dia lahir ketika orang semua cuti, jadi, memang ramai la akan wish. Jadi, aku ambil kesempatan untuk membuat kelainan kepada beliau pada ulang tahun kelahiran ke-18 beliau. ^_^) Petikan blog beliau: Paling aku terharu time dia buat post pasal birthday aku. Melonjak sana sini aku baca. Dia punya terharu sampai sedaya-upaya aku cuba berusaha ...

Sanah Helwah Sahabat !!!

Image
Entri ini dibuat KHAS untuk sahabat saya di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri sembilan yang juga merupakan rakan blogger saya. Hari ini (27 Disember 2011) adalah hari ulangtahun kelahiran beliau !!! Beliau adalah: AFDHALFIKRI (Budak Banjir) Bercakap tentang beliau, sebenarnya beliau mempunyai sebuah delegasi pemikiran yang kreatif. Ya, mungkin kadang2 (bukan kadang2, tapi selalu) beliau bertindak @ berfikir dengan pelik, tapi kadag2 pelik beliau 'boleh pakai la juga'. Laman Blog beliau boleh diakses di sini: http://afdhalfikri.blogspot.com Afdhal @ Pelik, Ucapan aku untuk kau : Selamat hari lahir ke-18. Moga menjadi sahabat dunia akhirat. :D Semoga amalan kita bersama bertambah dari masa ke masa seiring pertambahan usia kita.  ^^ Nah kek hari jadi kau. haha* Sori, tak sempat buat. bhahaha... :P beb, terharu tak? bhahaha..... # Jom pakat2 sokong dia dalam dunia blog ni. :)