Posts

Showing posts from October, 2012

Pembentangan, Qurban dan Haji.

Image
‎[SalamAidiladha]  Gambar: Iluvislam.com Di hari yang mulia, ayuh kita hayati sirah pengorbanan Nabi Al-Khalil Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, juga Siti Sarah. Audit diri kita, bagaimana kita aplikasikan kisah pengorbanan mereka dalam kehidupan? Ibadah Qurban dan Haji diibaratkan seperti Assignment Presentation. Jika Presentation, Lagi cantik kita persembahkan (dari segi stail slaid, warna slaid, penampilan pembentang), lagi banyak dapat markah. Begitu juga Qurban, Lagi elok haiwan yang dipilih (dari segi jenisnya, warnanya, cara penyembelihannya), lagi banyak dapat pahala. Begitu juga Haji, Lagi elok tertibnya Haji kita (sempurna Wajib dan Rukunnya, Perelok Sunnah, dan lain-lain), maka makin bertambah rapat kita dengan Allah. Insya-Allah, Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, Walillahil-hamd ^_^ Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga. ^_^ Tinggalkan komentar. :)

Ayam Goreng : Siapa untung?

Image
Fikir semula siapa untung. Ini hanya CONTOH. Ayam Goreng. Gambar Hiasan : Ayam Goreng Sebelum: Saiznya Sederhana, tak terlalu besar, tak terlalu kecil. Harganya RM3.00 Selepas: Saiznya kecil, isinya tiada, banyak yang tulang. Harganya RM2.50 Sebelum ini, kita membeli ayam goreng dengan harga yang mahal! Memang mahal, RM3.00 tu. Kemudian kita mendesak agar harga diturunkan. Dan hasil perbincangan dan campur tangan diplomasi, akhirnya kata sepakat ditemui. Harga berjaya diturunkan. Kita rasa selesa dengan harga baharu tersebut. Kemudian, selang beberapa hari, kita dapati saiznya semakin kecil. Dengan harga yang kita rasa murah, kita membeli 2 ketul. Chop! cuba kita fikir, dalam hal ini siapa yang untung? Kita atau Peniaga? Peniaga, tak boleh salahkan mereka kerana motif perniagaan juga adalah mengaut keuntungan maksimum. Ini yang menjadikan ia sebagai satu dilema kepada kita. Merekalah satu-satunya tempat di mana kita membeli. Dekat. Tiada lain. Jika ada pun, ken

toleransi atau hipokrit?

Image
*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang. Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya? Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat) Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :) --------- Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :) Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua k

Perbincangan Kedai Kopi

Image
Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :) Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi  kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak). "Mamak, roti canai dua, kuah asing" "Mamak, teh tarik satu !" Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi. "Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula"  *yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangl

Menjalani Cuti Semester Pertama

Image
Berubah ! Nah, semua orang inginkan perubahan. Berubah dari yang buruk, kepada yang baik. daripada yang baik kepada lebih baik ! Itu pengertian umum tentang berubah atau berhijrah. Alhamdulillah, Semester Pertama sebagai Mahasiswa Asasi berjaya kutempuhi. Banyak pengalaman baru, pendedahan yang lebih universal, pemikiran yang lebih liberal dan macam-macam lagi dogma dan norma yang dilalui. :) Selamat Tinggal Bilik. :D Cuti. Yang diberi hanya 3 minggu. 3 minggu ini jugalah aku penuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti Khususku untuk minggu cuti ini adalah 'Menguruskan Progrm Taaruf Asasi KUIS" untuk ambilan November 2012. Dan aku ditaklif sebagai Setiausaha. Nama pun s.u, jadi kerja memang banyak dan mobilisasi amat penting! Mujur, tuan pengarah program tinggal sekampung. Mantin ! he he. Kaau tak, tak tahu macam mana nak bergerak. Inilah hasilnya buku-buku milik sendiri dari rumah dan KUIS yang tak tahu mana lagi nak letak. :) OK, itu tentang Minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1

Image
Tiada Komentar. Hanya Pengumuman. Syukran ! Jadual Peperiksaan Akhir Semester 1.| Kursus Asas Pengajian Islam. 8 Oktober 2012 | Isnin 9.00 am - 12.00 pm PKK : FLAI 1113 - Al-Lughah Al-Arabiah Li Al-Dirasah Al-Islamiah I 2.30 pm - 5.30 pm PKK : MPW 1143 - Pengajian Islam 9 Oktober 2012 | Selasa 9.00 am - 12.00 pm PKK : FIAK 1103 : Al-Madkhal Li Al-Aqidah Wa Al-Akhlak 2.30 pm - 5.30 pm DPU : FTSC 1103 : Introduction To Computer 10 Oktober 2012 | Rabu 9.00 am - 12.00 pm DPU : FLEE 1113 : English I 11 Oktober 2012 | Khamis 9.00 am - 12.00 pm DPU : FLAM 1103 : Al-Masadir Li Al-Dirasah Al-Islamiah *DPU = Dewan Peperiksaan Utama, KUIS *PKK = Pusat Konvensyen KUIS.