Posts

Showing posts with the label Politik

Garis masa parti politik nasionalis Melayu, sosialis dan Islam di Malaysia

Image
  Berikut dikongsikan garis masa perkembangan parti politik di Malaysia dalam ideologi nasionalis Melayu, Islam dan sosialis. Dimulakan dengan penubuhan PKMM, diikuti UMNO dan membentuk garis parti-parti berideologi nasionalis Melayu yang merupakan pecahan dan serpihan UMNO. Kemudian penubuhan Hizbul Muslimin (HM), diikuti PAS dan membentuk garis parti-parti berideologikan Islam yang merupakan pecahan dan serpihan PAS. Menyusul agak lewat, penubuhan Parti Buruh, Parti Rakyat membentuk Barisan Sosialis dan seterusnya bertahan dalam arus politik Malaysia dengan ideologi sosialis yang dibawa. Sebenarnya saya ada juga buat untuk Nasionalis Cina, Nasionalis India dan parti-parti campuran yang lain. Namun, tumpuan utama yang ingin diketengahkan ialah garis sejarah penubuhan UMNO, PAS, PKR dan parti-parti terkini (khususnya melibatkan masyarakat Melayu-Islam) yang kebanyakannya lahir dari 3 jalur utama ini.

Catatan Ringkas Parti Politik Islam di Malaysia

Image
Alhamdulillah, 12 catatan ringkas telah dikongsikan di Facebook saya baru-baru ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malangnya, saya belum sempat memasukkannya dalam blog ini. Untuk posting ini, saya tinggalkan anda semua dengan senarai kedua belas-dua belas catatan mengenai "Parti Politik Berideologikan Islam". Catatan 1 (Pengenalan) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213240257679338 Catatan 2 (Hizbul Muslimin) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213242705860541 Catatan 3 (Parti Islam Se-Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213244259619384 Catatan 4 (Kongres India Muslim Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213250924986014 Catatan 5 (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213257598632851 Catatan 6 (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213280031673663 Catatan 7 (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) : https:/...

Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang

Image
Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/ ------ Setuju dengan saranan ini. Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul. Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS. Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan. Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di ...

Regenerate Campus Democracy

Image
Pilihan Raya Fakulti (PRF) yang dihangatkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat KUIS (PMFSTM) adalah satu langkah penyuburan demokrasi kampus yang amat baik bagi pandangan saya. Ia (Publisiti dan hebahan PRF ini) merupakan satu langkah bijak, khususnya untuk menghidupkan kembali 'semangat' plihan raya kampus yang telah luluh dek kerana pembatalan PRK untuk sesi kali ini. Fakulti-fakulti lain juga dinasihatkan agar sama-sama menghidupkan PRF masing-masing. Satu fenomena yang 'seronok' bila kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa kembali naik dan hidup. Sebagai cadangan, untuk sesi akan datang (tahun depan), pihak pentadbiran KUIS melalui BPM mungkin boleh anjurkan dua acara. Acara pertama ialah Pilihan Raya Kampus bagi memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS. Manakala selang seminggu, acara kedua iaitu Pilihan Raya Fakulti pula dianjurkan, dengan kerjasama pihak Fakulti masing-masing. Ia sekaligus dapat mengaktifkan dan me...

Medan PRK

Image
Pilihan Raya Kampus KUIS. Baru sebentar tadi, sengaja melayari laman sesawang rasmi KUIS. Kemudian, terpampang di paparan hadapan laman tersebut tentang berita Pilihan Raya Kampus KUIS bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014. Notis sudah keluar. Demam PRK buat masa ini masih belum menyerang. Mungkin, setelah pembubaran MPP KUIS sesi 2012/2013 berlaku, baru demam tersebut akan viral kepada semua mahasiswa. Mungkin, dan mudah-mudahan. Pilihan Raya Kampus : Mengapa perlu ia diadakan? Pilihan Raya Kampus adalah satu platform demokrasi di mana calon-calon yang berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan peringkat kampus iaitu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui satu proses pilihan raya. -------- Bercakap tentang PRK, masih terngiang suasana PRK sesi lepas dengan 'speaker corner' dari sebuah pertubuhan mahasiswa yang memperjuangkan isu yuran, fenomena 'gelombang ungu', malam manifesto dan 'kerusi fakulti' yang semuanya me...

[Kemas Kini] Calon Pakatan Rakyat PRU-13

Image
Nota: 1. Berikut adalah senarai calon rasmi Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 20 April 2013 2. Terdapat 7 Kerusi bertindih yang melibatkan PKR dan PAS. 22 April 2013 nanti akan diketahui. Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat. Sumber adalah daripada: 1) Portal Rasmi PRU Suruhanjaya Pilihan Raya : http://www.spr.gov.my Perlis P.001   Padang Besar               PAS:    Azamhari bin Mohamood N.01    Titi Tinggi                    DAP:    Teh Seng Chuan N.02    Beseri                          PAS:    Wan Kharizal bin Wan Khazim N.03    Chuping          ...