Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang


Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut:
https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/

------
Setuju dengan saranan ini.

Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul.

Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS.

Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan.

Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di Negeri Sembilan apabila turut meletakkan calon di kerusi Parlimen Rasah dan DUN Labu yang turut ditandingi PAS. (Jika PAP tidak meletakkan calon di kerusi-kerusi tersebut kerana PAS telah awal mengumumkannya, 'blok ketiga' di Negeri Sembilan akan dilihat lebih kukuh kempennya. Walau bagaimanapun, semuanya ini ada hikmahnya yang tersendiri)

Penang Front Party (PFP) atau Parti Barisan Pulau Pinang pula muncul di negeri Pulau Mutiara tersebut dilihat cuba untuk meninggalkan nama UMNO/BN yang mungkin mempunyai konotasi negatif dalam kalangan penduduk Pulau Pinang. Walaupun PFP berpenasihatkan dengan seorang tokoh UMNO, UMNO tidak mengiktiraf kerjasama yang cuba diwujudkan kerana ianya bercanggah dengan prinsip setiakawan BN apabila PFP berhasrat meletakkan calon di tempat yang sudah diletakkan calon dari parti komponen BN lain.

Salah satu parti lama pula, Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau Gerakan yang pernah menjadi sandaran BN di Pulau Pinang telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional pasca PRU14 setelah sekian lama tidak berjaya menawan semula Pulau Pinang atas tiket BN, dan terkini bertindak menentang BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.


Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan