Posts

Showing posts with the label Seminar

Dari Berangan, Kepada Perancangan

Image
Bismillah. Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan. Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :) Anak Bulan 3 Ramadhan. :) Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga. Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :) Hidupkan budaya Ilmu. :) Pernah dengar tak hadith, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pah...

Sahur: Jom Lewatkan !

Image
Perihal Sahur 1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Minda Tajdid: Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. 2. Ustaz Shahrizan Daud Al-Turabi turut berkata dalam Seminar Impactive Ramadhan yang lepas, waktu imsak adalah waktu sahur yang terbaik. Tapi jangan time tu nak makan makanan berat seperti Nasi dan lauk. Cuma, waktu itu sunat kita mengikut cara Nabi, dengan memakan Kurma dan minum air. 3. Ustaz kata lagi, kalau nak makan sebelum waktu itu (pukul 12-5 pagi) pun tak mengapa, tapi ambillah sunnah melewatkan bersahur dengan makan sedikit kurma beberapa minit seb...

Cerita cuti sikit

Image
Assalamualaikum. Hiuh ! *Lap peluh dekat dahi* Akhirnya tercapai juga impian untuk menulis. Untuk pengetahuan, sudah empat hari saya mahu menulis dalam Blog ini. Saya tak tahu macam mana nak katakan. Mana taknya, bila mahu menaip, ada halangan datang. Ada tu mula-mula bersemangat, tapi bila dah buka 'dashboard', semangat hilang. Bila dah sedia nak tulis, line internet pula terputus. Nasib-nasib. :) Apa-apapun, saya sudah berada di sini. *yeay !* OK, nak cerita apa ye? Sebenarnya cuti seminggu pertama ni tak buat kerja apa sangat. :) Ha ! Hari tu kan, hari Isnin lepas, saya ke Lembah Pantai. Sebenarnya agak terkejut la bila mana di kawasan Kuala Lumpur sedang hangat 'perang bendera' sedang berlaku. Mana taknya, di kawasan Pajam-Mantin ni, perang belum bermula. *Luar Bandar la katakan* Ish ish ish. #DemiRakyat Kemudian, sepanjang minggu ini juga, saya membantu ummi saya membungkuskan makanan untuk diedarkan ke Balai Polis berdekatan, untuk diberi kepad...

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20...

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an...

Seminar Penulisan : Sebuah Coretan

Image
Rindu pada institut tempat aku pernah menimba ilmu sedikit terubat. Meski baru sebulan (4 minggu) aku tidak mengunjunginya, tetapi dengan hanya tempoh kurang 24 jam di sana, ia merupakan detik yang amat manis buat diriku. Setelah beberapa kali ingin ke sana (ITQAN) tetapi gagal, maka dengan beralasankan ingin mengikuti Seminar Penulisan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling (wadah untuk aku mengangkat nilai tambah diriku semasa di sana), maka kali ini aku tekad untuk ke sana. Atas dasar ukhuwah dan dakwah, maka aku ke sana. Pagi yang hening di ITQAN. Seminar Penulisan ini (jika tidak silap) merupakan seminar penulisan kali kedua yang pernah diadakan di Institut. Seminar kali pertama (tak ingat tahun bila) menampilkan dua penulis prolifik, Puan Nisah Haron dan Sdr. Faisal Tehrani. Untuk seminar kali ini, pihak UBK menampilkan Ustaz Muhadir Hj Joll (Kolumnis Majalah Q&A) dan Sdr. Zaid Akhtar (Novelis Salju Sakinah). Ustaz Muhadir Hj Joll : Slot Pertama Usta...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...