Posts

Showing posts with the label Kutub Sittah

Palsu atau Sahih?

Image
Gambar Hiasan : Sumber Google. Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini, dunia aliran pemikiran (tak perlu dinyatakan) Islam kembali hujah-menghujahi (saling berhujah). Antara isunya adalah berkaitan kata-kata di bawah: Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China Masalah: Kata-kata di atas dikatakan sebagai Hadis Rasulullah. Sumber Riwayat Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya. Hadis bernombor 18. (Lihat: Al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Beirut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29) Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Syuab al-Iman. Hadis bernombor 1663. (Lihat: Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaglul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut dalam Musnad al-Bazzar. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai Palsu ...

Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke? ...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...

Kutub Sittah | Part V

Image
Biodata Imam Tirmizi Imam Tirmizi , nama asalnya adalah   Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmizi ialah seorang perawi hadith dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari. Beliau menyusun kitab ‘Sunan Al-Tirmizi’ dan ‘Al-Ilal’. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu. Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami’ Al-Tirmizi/Sunan al-Tirmizi). Ia juga tergolong salah satu Kutub Sittah (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal. Selain itu, beliau turut menulis kitab hadis Shamail al-Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah) Saya kurang memperoleh maklumat lanjut tentang Kitab Sunan Al-Tirmizi . Sekiranya saya menemuinya, insya-Allah akan dikkemaskini. ^_^

Kutub Sittah | Part IV

Image
Gambar Hiasan | Situasi ketika Talaqqi Kitab Kitab Sunan Nasaie As-Sunan As-Sughra juga dikenali sebagai  Sunan Nasaie atau  Al-Mujtaba ialah salah satu daripada enam kitab hadith utama Ahli Sunnah wa Jamaah, dan telah dikumpul oleh Imam Nasaie. Ahli Sunnah Wa Jamaah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadith utama mereka. Kitab Al-Sunan Al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadith (termasuk Mukarrar (riwayat berulang)) yang dipilih oleh Imam Nasaie daripada karya utamanya, Al-Sunan Al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadith hasan di samping hadith sahih Biodata Imam Nasaie Imam Nasaie , nama lengkapnya   Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali al-Nasaie adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama Imam Nasaie kerana dinisbahkan dengan Kota  Nasaie , salah satu kota di Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215H. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Sa...

Kutub Sittah | Part III

Image
Assalamualaikum w.b.t. ! Pihak kami memohon kemaafan atas kelewatan menge'post' entri di blog ini. Justeru, kami kembali menyambung informasi berkenaan Kutub Sittah. Teruskan bersama ZahirulOnline ! Sambungan daripada Kutub Sittah | Part II Sekadar Hiasan | Membaca Jambatan Ilmu Kitab Sahih Muslim Sahih Muslim (Tajuk sebenar: Al-Musnad Al-Sahih bi Naqli Al-Adl) ialah salah satu dari enam kitab hadith dalam Islam mazhab Ahli Sunnah wa Jamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni selepas al-Quran, bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua-dua kitab sahih ini diterima oleh segenap umat Islam. Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Imam Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat tentang...