Posts

Showing posts with the label GAMIS

Menyelusuri dunia blog PMI

Image
Berjinak-jinak dalam dunia blog sejak 2009 membuatkan aku tetap peka dengan perkembangan dunia tersebut. Menjengah usia merapati institusi gerakan, tetap tidak melengahkan aku dengan perkembangan tersebut. Blog, sebelum Facebook, dahulu cukup aktif dan responsif. ya, sehingga kini pon, ia masih kekal aktif dan responsif. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia turut tidak berkecuali dalam pembikinan blog masing-masing. Aku cukup mengikut rapat perkembangan mereka. Ternyata, bukan seringkali ianya dikemas kini. masing-masing lebih tertumpu pada Facebook rasmi persatuan masing-masing. Walau bagaimanapun, blog mereka kekal hidup alau bertukar kepimpinan. Ya, diharapkan agar institusi blog tidak ketinggalan dikemas kini. juga tidak ditinggalkan begitu sahaja untuk tenure kita, bahkan ia perlu diwarisi kepada tenure akan datang. Biarkan ia kekal dengan pautan yang sama. Berikut merupakan senarai pautan mereka, 1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia -  http://gamismal...

Acara

Image
Assalamualaikum ! Selamat bercuti kepada semua! Alhamdulillah, cutiku dimulakan dengan program di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) untuk Kursus Nuqaba dan Imamah Selangor. Sebuah program yang 'awesome' dan Mantap. Dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy, anjuran ILDAS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Kemudian, minggu tersebut dipenuhi dengan PRK IPTA tempatan seperti UKM, USIM, UUM dan lain-lain. Ada beberapa kenalanku yang menjadi calon dan memenangi pemilihan tersebut. Tahniah dan Takziah diucapkan. Di hujung minggu pula, aku menyertai program sidang meja bulat anjuran Institut Forum Siswa (I-Forsis) yang bertemakan 'Suatu Kesepakatan Baharu: Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP'. Sidang Meja Bulat tersebut dianggotai oleh front-front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), dan Kumpulan aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Seminggu selepas itu, 2 har...

2013 : Tahun Perubahan | Bingkisan ORKED.

Image
Alhamdulillah, sambutan tahun baharu kali ini, Tahun Perubahan 2013 bersama Tim GAMIS dan ratusan Mahasiswa Malaysia, di Dataran Merdeka. Operasi Dakwah Dirasai (ORKED 2012), bermula selepas solat Isyak. Aktiviti kami, berdakwah dengan 3S (Senyum, Sapa, Salam), mengedarkan risalah dan takwim, serta membuat Flash Mob. Paling 'sabar je la' apabila semasa mengedar risalah, kami diprovok dengan tiupan Vuvuzela - yang menghalakan corongnya ke arah kami - yang amat-amat membingitkan. Namun, satu sahaja yang tersemat, "Dakwah, harus ada ujian !" Depan Pentas Utama, sedang berlangsung Konsert yang turut dihadiri pemimpin Islam Negara, dan di'seri'kan dengan lagu-lagu dari artis tempatan dan luar (terutama Artis K-Pop). Namun, di belakang pentas pula, ratusan Mahasiswa sedang berkumpul mendengar pidato dari pimpinan mahasiswa Malaysia. Antara yang hadir adalah pimpinan GAMIS yang diketuai oleh Muhammad Azan Safar, Presiden GAMIS dan mahasiswa/i selur...