Posts

Showing posts with the label Dunia

"Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia."

Image
Seronok bila Ustaz menyebut : "Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia." Teringat sejak waktu kecil lagi, saya dibesarkan dengan meja belajarku diletakkan peta dunia dihadapannya. Di sekolah rendah pula, saya mengambil subjek Kajian Tempatan. Subjek Pengetahuan Am yang sangat saya minati. (Ustazah yang mengajarku dahulu kini belajar sama kampus denganku. :p ) Di sekolah menengah rendah pula, saya mengambil subjek Geografi. Tahun saya mengambil PMR adalah tahun 2008 yang hangat dengan Pilihan Raya Umum ke-11. Kebiasaan bagi akhbar adalah menerbitkan sisipan khas PRU yang mempunyai peta kawasan pilihan raya. Apa lagi, kubaca dan kuhadam nama-nama tempat yang terdapat di Malaysia. Alhamdulillah, dek kerana minat tersebut, Geografi adalah subjek yang saya skor. Haha. Khulasahnya, jom didik keluarga dan rakan anda dengan menanam sifat 'kuasai dunia' dengan memiliki peta sekarang ! :)

Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Image
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...

Manusia dan Musim Tema-tema Mereka

Image
Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia ! Salam Maulid al-Rasul ! Kadang-kadang aku terfikir yang kita ni hanya hidup bertema. Well, manusia memang suka 'tema' kan? bukan apalah kan, sebab kebanyakkannya khususnya di Facebook (termasuklah yang bercakap ni. haha !), suka sangat dengan tema-tema tertentu. Contohnya, Isu Boikot Barangan.Israel. Selepas Israel membuat serangan yang akhirnya menimbulkan kemarahan Muslimin, hampir semua turut sama marah dan sama-sama berkempen agar memboikot produk  yang menyokong Israel. Sehinggakan, McD pun ramai yang tidak lagi kunjungi (untuk waktu itu). Namun, akhirnya kini, semua sunyi dan senyap. McD kembali ramai. Boikot tidak lagi bergerak. huh ! Lebih cepat sejuk dari tahi ayam kita ni ! Seterusnya, Isu Listen baru-baru ini. Huh ! Heboh satu Malaysia yang dichentai tentang tindakan 'kurang pandai' seorang pemegang ijazah terhadap seorang Mahasiswi. Secara baiknya, ya, ia menyedarkan kepada semua bahawa trend pembodohan ma...

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20...

Perbincangan Kedai Kopi

Image
Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :) Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi  kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak). "Mamak, roti canai dua, kuah asing" "Mamak, teh tarik satu !" Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi. "Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula"  *yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangl...

Madrasah Tarbawi: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Image
Antara bingkisan yang sempat dicatat semasa Madrasah Tarbawi malam tadi (14 Sepember | 28 Syawal) di Masjid Al-Azhar, KUIS oleh Al-Fadhil Al-Habib Al-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk Asal ceramah ialah: Ada Apa Pada CGPA? 1) Kalau dah namanya Pelajar, nak tak nak kena belajar. Belajar itu sebagai perkara yang utama. Bukan menjadikan main game atau menonton filem sebagai kerja utama ! 2) Belajar sepenuh masa, bukan hanya hobi mengisi masa yang ada. 3) Belajar bukan sebab peperiksaan, tetapi sebab keberkatan ilmu. 4) Mahasiswa Berpolitik: Mahasiswa jangan hanya mengkritik, tetapi mesti berfikir bagaiman untuk mengubah. 5) Setiap orang ada kelebihan masing-masing, gunakanlah kelebihan itu untuk tegakkan Islam. Kreatif dalam Berdakwah. 6) Betulkan niat dengan bertanya 'kenapa aku kena buat benda ini?' Maka, kita jawab 'Kerana Allah'. Ia sama fungsi seperti lafaz niat dalam solat, iaitu meyakinkan dan menguatkan niat. 7) Berkreatif dalam bekerja. Su...

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran

Image
#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah. Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^ [Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran. Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 30 membawa maksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfir...

[Nota 2] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

Image
As-Salam, kita sambung yang semalam ya.  Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 28 bermaksud: Bagaimana kamu kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). > Ayat ini berbentuk Soalan. Kenapa Allah Tanya? Allah tanya bukan bermaksud Allah tidak tahu. Tetapi, Allah menimbulkan persoalan supaya Manusia berfikir dan bermuhasabah. > Allah menceritakan siapa diri kita. Segala Timeline hidup mati kita telah diketahui Allah (Allah Maha Mencipta), Kehidupan kita sebelum dilahirkan, setelah dilahirkan, selepas mati, dan setelah dibangkitkan semula. Jadi mengapa perlu kufur? Ayat 29 bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) lang...

Releven atau Tidak?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun ! Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu. Pelajar dari Negara luar turut sama belajar. Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu. Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua b...

Hidup Sebagai Siswa Asasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, tanggal 21 Jun, saya disahkan bergelar Mahasiswa Asasi bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Program Kursus Asas Pengajian Islam. Banyak perubahan yang saya alami, dari segi budaya belajar, suasana kehidupan di hostel, dan lain-lain. Antara yang saya peroleh - perkara baharu - di sini yang agak lain daripada Institut sebelum ini (bukan membuat perbandingan, tetapi menghebah penemuan baharu yang ditempuhi) ialah: 1. Setiap Hari Isnin, Kami (Semua Pelajar Sem 1 Asasi) ditempatkan dalam kos (subjek) yang sama iaitu Introduction To Computer. Apa yang lain di sini ialah, minggu pembelajaran kami dimulakan dengan seorang antara kami membaca Doa Rabitah, dan diaminkan oleh semua. Bayangkan, walaupun bukan subjek 'Agama', tetapi subjek 'Dunia' bukan penghalang untuk dimasukkan elemen 'Agama'. Setiap minggu, kami mendoakan agar hati kami semua terikat dan tertaut antara satu dengan lain. 2....

Ikut Realiti Hidup Anda !

Image
Assalamualaikum... Kita (Manusia), kalau dah hidup zaman sekarang ni, bukan hanya tertumpu pada soal Aqidah lagi, tapi semua aspek perlu turut ditumpu. Bukan bermaksud memperlekehkan pembelajaran Akidah, kerana semua perlu tahu akidah itu sentiasa perlu dimantapkan. Cuma, di samping mantapkan akidah, jangan abaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Kita hidup dalam realiti. Mantapkan diri dengan Agama, bukan bermaksud mengenepikan faktor Dunia, seperti Siasah, Iqtisad, dan Masyarakat. Kerana mereka (faktor2 dunia) ini juga perlu kita pacu berteraskan Agama. Jadi, tiada alasan untuk ketepikan Politik dalam Kehidupan ! :) Ayuh, realitikan kehidupanmu. Sebagai contoh, anda sebagai Pegawai Bank, lalu anda terdengar seruan ke arah "Selamatkan Akidah", "Mantapkan Aqidah", "Dalamilah Ilmu Agama". Justeru, adakah anda tergamak menggadai kerjaya 'duniawi' anda? Tidak, teruskan menjadi Pegawai Bank ! Jadi Pegawai Bank yang Mantap Akidahnya. ...

Nahdah | Tahniah !

Image
Klik gambar untuk ke laman sesawang Nahdah Tahniah kepada Parti Islam, Hizbul Nahdhah Tunisia atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Umum Tunisia baru-baru ini. Semoga semua masyarakat dapat menerima dengan terbuka, walaupun mereka merupakan sebuah Parti Islam. Semoga Tunisia aman dan makmur di bawah pemerintahan yang mengikut syariat Islam.