Posts

Showing posts from June, 2012

Novel, Remaja dan Melayu

Image
Gambar Hiasan. ;) Ronda-ronda kedai buku, berhenti di ruangan "Novel Melayu", Sah, 4 daripada 6 rak yang diperuntukkan untuk ruangan tersebut adalah Novel yang berkisarkan Cinta ! Isu orang Melayu ni memang hanya Cinta ya? Hmm... Novel yang berusaha menjadikan cerita cinta mereka adalah paling indah buat semua. Mujur di ruangan "Novel Remaja", buku-buku, Novel, Kompilasi Cerpen terbitan PTS, Utusan, Galeri Ilmu mendominasi. Kalau tidak, parah ! Itu belum lagi lihat ruangan lain !

Ikut Realiti Hidup Anda !

Image
Assalamualaikum... Kita (Manusia), kalau dah hidup zaman sekarang ni, bukan hanya tertumpu pada soal Aqidah lagi, tapi semua aspek perlu turut ditumpu. Bukan bermaksud memperlekehkan pembelajaran Akidah, kerana semua perlu tahu akidah itu sentiasa perlu dimantapkan. Cuma, di samping mantapkan akidah, jangan abaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Kita hidup dalam realiti. Mantapkan diri dengan Agama, bukan bermaksud mengenepikan faktor Dunia, seperti Siasah, Iqtisad, dan Masyarakat. Kerana mereka (faktor2 dunia) ini juga perlu kita pacu berteraskan Agama. Jadi, tiada alasan untuk ketepikan Politik dalam Kehidupan ! :) Ayuh, realitikan kehidupanmu. Sebagai contoh, anda sebagai Pegawai Bank, lalu anda terdengar seruan ke arah "Selamatkan Akidah", "Mantapkan Aqidah", "Dalamilah Ilmu Agama". Justeru, adakah anda tergamak menggadai kerjaya 'duniawi' anda? Tidak, teruskan menjadi Pegawai Bank ! Jadi Pegawai Bank yang Mantap Akidahnya.

Segmen Blogwalking dan Follow | Nody Yana

Image
Assalamualaikum. Segmen paling baharu yang saya sertai. Segmen Blogwalking dan Follow oleh Penulis Blog Nody Yana. Nak sertai? Klik pada Gambar ! ;) Wassalam.

Seminar Penulisan : Sebuah Coretan

Image
Rindu pada institut tempat aku pernah menimba ilmu sedikit terubat. Meski baru sebulan (4 minggu) aku tidak mengunjunginya, tetapi dengan hanya tempoh kurang 24 jam di sana, ia merupakan detik yang amat manis buat diriku. Setelah beberapa kali ingin ke sana (ITQAN) tetapi gagal, maka dengan beralasankan ingin mengikuti Seminar Penulisan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling (wadah untuk aku mengangkat nilai tambah diriku semasa di sana), maka kali ini aku tekad untuk ke sana. Atas dasar ukhuwah dan dakwah, maka aku ke sana. Pagi yang hening di ITQAN. Seminar Penulisan ini (jika tidak silap) merupakan seminar penulisan kali kedua yang pernah diadakan di Institut. Seminar kali pertama (tak ingat tahun bila) menampilkan dua penulis prolifik, Puan Nisah Haron dan Sdr. Faisal Tehrani. Untuk seminar kali ini, pihak UBK menampilkan Ustaz Muhadir Hj Joll (Kolumnis Majalah Q&A) dan Sdr. Zaid Akhtar (Novelis Salju Sakinah). Ustaz Muhadir Hj Joll : Slot Pertama Usta

Palsu atau Sahih?

Image
Gambar Hiasan : Sumber Google. Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini, dunia aliran pemikiran (tak perlu dinyatakan) Islam kembali hujah-menghujahi (saling berhujah). Antara isunya adalah berkaitan kata-kata di bawah: Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China Masalah: Kata-kata di atas dikatakan sebagai Hadis Rasulullah. Sumber Riwayat Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya. Hadis bernombor 18. (Lihat: Al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Beirut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29) Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Syuab al-Iman. Hadis bernombor 1663. (Lihat: Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaglul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut dalam Musnad al-Bazzar. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai Palsu

ZahirulOnline kini dengan Kod QR !

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, saya baru sahaja membina kod QR bagi laman blog ZahirulOnline ini. Pada mulanya saya tertanya-tanya, apakah benda kotak seperti yang di bawah ini? Kaji punya kaji, baru tahu ia adalah Kod QR. Kod QR boleh diimbas menggunakan Pengimbas Kod yang terdapat telefon bimbit anda. ;) Imbas kod ini, dan anda akan ke laman ZahirulOnline versi Mobile. ;) Itu sahaj pengumuman saya, ;P Anda boleh membina kod laman web anda sendiri dengan pergi ke Google. Taip QR Code Generator. banyak pilihan disediakan. ;) Sekian~

Makmal Saya ^^

Image
So, any comments ?