Posts

Showing posts with the label Pendapat

Jalan Berbeza, Tujuan Sama. [Bukan Agenda Plural]

Image
Setiap jalan yang diambil oleh manusia itu berbeza. Jalan Sufi, Haraki, Tablighi, ops, maaf istilah ini mungkin susah difahami. Ambil contoh mudah, pergi ke Mekah. Ada yang naik kapal terbang, ada yang naik kapal, yang konvoi bermotor pun ada. Bila jalan yang diambil berlainan, maka pengalaman yang dilalui juga berlainan. Yang naik kapal terbang, nampak pemandangan bandar-bandar besar dari atas, laut yang terbentang luas dibawahnya danawan yang tebal. Yang naik kapal pula, banyak masa beribadah boleh dilakukan dalam kapal. Tenang, nampak lautan yang membiru, Bandar yang kejauhan, burung terbang melintasi kapal dan sesekali ikan-ikan mengikuti kapal. Yang berkonvoi pula, pasti lebih banyak pengalaman. Perjalanan yang jauh, merentasi sempadan puluhan negara, dengan pelbagai suasana di setiap negara yang dilalui, bandar besar, perkampungan miskin, dan pelbagai lagi pengalaman yang berbeza daripada menaiki kapal dan kapal terbang, Jadi? Biar cara kita berbeza, jangan persalahk...

Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Image
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...

.Manner and Respect.

Image
Assalamualaikum semua ! Bertemu lagi dan lagi. Salam keamanan, Salam reformasi #ehh. Ni nak cerita, hari tu kan, ada la timbul beberapa isu (yang mungkin aku sendiri bangkitkan -well- ) di Twitter. Nampak macam besar, tapi Twitter kan. Bila dah namanya Twitter, orang yang kita tak kenal pon boleh retweet kita punya post *takde kaitan*. Okey, straight to the point . Kalau dah nama Twitter, ia mesti melibatkan orang lain. Ye la, kawan kita retweet apa kita pos, kemudian kawan-kawan dia pula baca apa yang kita tulis, kemudian balas sampai berbeza pendapat. Perbezaan pendapat tu tak kisah, tapi sampai salah konsep....tu jadi bahaya. Jadi, inilah fokus aku untuk posting ini. * ala, hal twitter pun nak jadi isu kat blog* Eh eh, bukan tentang Twitter sangat pun sebenarnya, tapi tentang ADAB. :) Ya. ADAB. Adab kita kepada orang yang kita patut beradab manusia. Dan aku nak fokus pada adab kita dengan ulama. Tak kiralah ulama tu belah hijau ke, biru ke, kuning biru (Arus Baru...