Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) November 1951 Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu) , bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO). Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Disember 1956 Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi , Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad . Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan...