Posts

Showing posts with the label Raja

Kenapa Najib Razak terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja Pahang?

Image
KENAPA NAJIB RAZAK TERLIBAT DALAM JEMAAH PANGKUAN DIRAJA PAHANG? Seperti yang diketahui, Jemaah Pangkuan Diraja Pahang telah melantik Sultan Pahang yang baharu, iaitu Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah. Ada pula yang mempersoalkan keberadaan ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Jemaah Pangkuan Diraja Pahang. Bagi mereka yang tertanya-tanya, kenapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (DSNR) boleh terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja tersebut, ini sedikit penjelasan. DSNR merupakan salah seorang Orang Besar Berempat, iaitu antara kumpulan pembesar negeri Pahang. Gelaran bagi DSNR dalam Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS). Orang Besar Berempat biasanya dipilih berdasarkan keturunan mewakili kumpulan atau puak tertentu di Pahang. DSNR dipilih sebagai OKIS kerana menggantikan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein yang merupakan OKIS ke-10. Tun Raza...

Gelaran Tengku Ampuan, Tengku Puan dan Sultanah Pahang

Image
GELARAN TENGKU AMPUAN, TENGKU PUAN, & SULTANAH PAHANG. Gelaran bagi permaisuri Sultan Pahang sekarang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar masih Tengku Puan Pahang, belum lagi Tengku Ampuan Pahang. Ini kerana, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah belum lagi melantik permaisuri baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang secara rasmi. Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (UUTKP), Sultan Pahang boleh melantik mana-mana permaisuri (sekiranya ramai) yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja sebagai Tengku Ampuan Pahang. Bagi permaisuri yang tidak menepati kriteria, tiada peruntukan khusus untuk menggunakan sebarang gelaran. Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mempunyai permaisuri yang berketurunan raja dan diberikan gelaran Tengku Ampuan Pahang iaitu bonda Sultan Abdullah, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan binti Tengku Muhammad, manakala permaisuri yang bukan berketurunan raja pu...

Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

Image
TENGKU AMPUAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI SELANGOR. Tahukah anda, pasangan kepada DYMM Sultan Selangor akan memakai salah satu daripada dua gelaran iaitu 'Tengku Ampuan' atau 'Tengku Permaisuri'. Pasangan DYMM Selangor sekarang (tahun ditulis : 2018), DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memegang gelaran Tengku Permaisuri, dengan nama rasmi "DYMM Tengku Permaisuri Norashikin" . Jadi, kenapa tidak mengguna pakai "Tengku Ampuan" seperti bekas penyandang Tengku Ampuan Selangor sebelum ini seperti Tengku Ampuan Rahimah dan Nenda Sultan Selangor, Tengku Ampuan Jemaah ? Ini adalah disebabkan syarat pemegang gelaran "Tengku Ampuan" mestilah Isteri DYMM Sultan yang berkahwin secara sah mengikut agama Islam, BERDARAH RAJA, berbangsa Melayu dan menganut agama Islam Manakala bagi pemegang gelaran "Tengku Permaisuri" pula, syarat-syarat sama seperti Tengku Ampuan, kecuali bukan berdarah raja. Maksudnya, faktor pe...