Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke? ...