Posts

Showing posts with the label Karya

Ikatlah Seeratnya

Image
IKATLAH SEERATNYA Oleh: Amir Madani Zikra Kuhirup udara segar di kawasan rekreasi dalam kawasan kolej tempat kumenimba ilmu. Merenung tasik yang cukup indah, tenang airnya. Sesekali kelihatan beberapa ekor ikan muncul di permukaan. Diiringi angin yang seolah-olah membuai tubuh. Sungguh, petang Jumaat itu amat damai. Sedang asyik memandang panorama indah kurniaan Rabb al-Jalil, otakku ligat memikirkan tugasan yang diterima dari murabbiku semalam. Aku harus menyiapkannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Bukan lagi harus, malahan wajib kerana ia tugasan penting yang telah disepakati oleh kami semua secara bersama. TARBIYAH SENIOR Fikiranku melayang entah ke mana. Cuba mengimbau memori lama di saat aku di sekolah menengah dahulu. Aku pernah menuntut di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, terkenal dipanggil sebagai ITQAN. Itulah bumi aku ditarbiyah dan mentarbiyah diri. Bumi yang cukup berharga buat Ummah Khusus di Malaysia, dan di dunia secara amnya. Hari i...