Keadilan VS Kesamarataan
Keadilan VS Kesamarataan Situasi Satu. Hamdi merupakan seorang bapa kepada dua orang kanak-kanak comel, Danial dan Diana. Baru-baru ini, beliau membeli dua helai baju kemeja-T lengan pendek di Jusco untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Beliau bukan seorang bapa yang adil. Sekiranya beliau seorang yang adil, apa yang patut beliau lakukan? Ya, dengan memberikan perkara yang sepatutnya bertepatan dengan kehendak Islam, iaitu membeli T-Shirt lengan panjang (Muslimah) untuk anak perempuannya, dan T-Shirt lengan pendek/panjang untuk anak lelakinya. Ini baru dinamakan adil. :)