Posts

Showing posts with the label Blog

Menyelusuri dunia blog PMI

Image
Berjinak-jinak dalam dunia blog sejak 2009 membuatkan aku tetap peka dengan perkembangan dunia tersebut. Menjengah usia merapati institusi gerakan, tetap tidak melengahkan aku dengan perkembangan tersebut. Blog, sebelum Facebook, dahulu cukup aktif dan responsif. ya, sehingga kini pon, ia masih kekal aktif dan responsif. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia turut tidak berkecuali dalam pembikinan blog masing-masing. Aku cukup mengikut rapat perkembangan mereka. Ternyata, bukan seringkali ianya dikemas kini. masing-masing lebih tertumpu pada Facebook rasmi persatuan masing-masing. Walau bagaimanapun, blog mereka kekal hidup alau bertukar kepimpinan. Ya, diharapkan agar institusi blog tidak ketinggalan dikemas kini. juga tidak ditinggalkan begitu sahaja untuk tenure kita, bahkan ia perlu diwarisi kepada tenure akan datang. Biarkan ia kekal dengan pautan yang sama. Berikut merupakan senarai pautan mereka, 1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia -  http://gamismal...

Argumentasi

Image
Assalamualaikum. hola ! Tetiba hari ni ter-ada mood untuk taip. Bangunan Akademi Islam. Tiada kaitan dengan entri. :D Pertamanya, minta maaflah sebab mood menaip untuk blog sudah semakin merudum. Oh, bukan sahaja merudum, malah semakin menjunam, persis ekonomi dunia sekarang. Rentetan itu, sementara ada mood ini, aku pun meneruskan taipan. Sebenarnya banyak nak ditulis. nanti kita cuba susun dahulu ayat. Soal hati. Cinta. Suka. Entahlah. Semua tu fitrah, dan semua itu sentiasa menampar-nampar diri agar sedar kewujudannya. Nampak tak aku berkias? -,-' Bukan apalah, cinta dan suka tu perkara picisan bagi aku. Rileks, takut pun ada. haha. Dalam ujian psikologi yang kawan aku buat, aku ni seorang player. Player, mean hati tak tetap. Jadi, menyedari hakikat itu, aku taknak seriuslah dalam cinta ni. Eh, kejap. Sebelum celoteh panjang, nak tanya, aku tengah bercinta ke? -__- Tak kan? Aha, sentuh tentang blog ni. Aku sebenarnya terpaksa akui bahawa menulis di blog bukan...

Seketika di HKK 2013.

Image
Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu. Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah: 1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik) 2. Syair (Perpaduan Negara) 3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran) 4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna) 5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona) Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus. Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat ...

Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Image
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...

.Manner and Respect.

Image
Assalamualaikum semua ! Bertemu lagi dan lagi. Salam keamanan, Salam reformasi #ehh. Ni nak cerita, hari tu kan, ada la timbul beberapa isu (yang mungkin aku sendiri bangkitkan -well- ) di Twitter. Nampak macam besar, tapi Twitter kan. Bila dah namanya Twitter, orang yang kita tak kenal pon boleh retweet kita punya post *takde kaitan*. Okey, straight to the point . Kalau dah nama Twitter, ia mesti melibatkan orang lain. Ye la, kawan kita retweet apa kita pos, kemudian kawan-kawan dia pula baca apa yang kita tulis, kemudian balas sampai berbeza pendapat. Perbezaan pendapat tu tak kisah, tapi sampai salah konsep....tu jadi bahaya. Jadi, inilah fokus aku untuk posting ini. * ala, hal twitter pun nak jadi isu kat blog* Eh eh, bukan tentang Twitter sangat pun sebenarnya, tapi tentang ADAB. :) Ya. ADAB. Adab kita kepada orang yang kita patut beradab manusia. Dan aku nak fokus pada adab kita dengan ulama. Tak kiralah ulama tu belah hijau ke, biru ke, kuning biru (Arus Baru...

Segmen : Mari Tambah Kenalan | Blog Cinta Itu Indah

Image
Assalamualaikum. Sudah lama kiranya tidak menyertai Segmen yang bertujuan untuk menambah kenalan ni. Apa kata, jom kita (penulis blog) menyertainya. :) Klik pada gambar untuk ke ruangan Penganjur. Alhamdulillah, rakan-rakan penulis blog yang mengikuti blog ini seramai : 421. Wallahua'lam. =)

Rencana Amir Madani di teamhijrah.my

Image
. . Bismillahirramanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Posting ini adalah ruangan khas untuk menghimpunkan rencana saya dalam laman sesawang rasmi #TeamHijrah. Anda boleh klik pada gambar untuk ke pautan di Laman sesawang #TeamHijrah. 1) Ayuh Sebarkan Cinta (Kategori: Tazkirah > Cinta) 2) Pemimpin : Mukmin Profesional (Kategori: Gaya Hidup) Alhamdulillah, perasaan syukur kerana dapat menyumbang idea dan ilmu untuk dibaca oleh semua. Moga ini menjadi salah satu sahamku ke Syurga di akhirat nanti. Dan Insya-Allah, akan menyumbang lagi dalam laman sesawang tersebut. Dari masa ke masa. Wallahua'lam.

Rumah Labah-labah lagi elok !

Image
Entah kenapa. Rasa nak kena juga taip di sini ! Mesti dan Mesti ! Before that, Assalamualaikum semua ! *bunyi montaj + bukak tirai* Apa khabar semua? Terbaek? Bagus. Sebenarnya tak nak rumah kita satu ni (ayat macam sang kaya banyak rumah) berhabuk sangat, maka kita pun tulis lah di sini. :) Banyak nak sentuh *susun elok-elok dalam minda* Okey, Sharing pertama, Rabu depan, kita akan menghadapai pepriksaan Akhir bagi semester 2 ! Eksaited i u know. Chuwak tahap karma (tahap apa entah. erkk..) So, doakan kami menjawab dengan terbaik ! =) Sharing kedua, nak sentuh tentang kepelbagaian fikrah di Malaysia khususnya. *tetiba sentuh isu berat* nah kau. haha Takde la kan, as we know, Malaysia ni mempunyai banyak organisasi yang perjuangkan Islam. Apa kata kan, semua organisasi mainkan peranan asal masing-masing. Macam yang selalu kita cakap lah. Yang fokus pada Masyarakat, teruskan fokus. Didik masyarakat untuk tanam Islam dalam diri. yang Fokus pada individu...

Segmen : Kempen Blogger Hijrah

Image
KEMPEN HIJRAH Organised by #TeamHijrah Blogger United Hosted by : Zahirul Nukman Cara Menyertai Kempen Ini. 1. Buatkan satu entri bertajuk: Kempen Blogger Hijrah 2. Letakkan poster rasmi kempen ini dalam entri tersebut dan linkkan ke post entri ini. 3. Tulis apa yang mahu berkaitan hijrah, sama ada: a) Cerita hijrah anda. b) Seruan untuk individu berhijrah. (cth: seruan untuk blogger berhijab, dan sebagainya) c) Seruan untuk memberi kesedaran agar mengislahkan blog. (cth: Seruan untuk mengajak blogger menghindari daripada meletakkan gambar yang membuka aurat dll) d) Informasi Hijrah yang anda ingin kongsikan. 4. (Sekiranya Mahu) Letakkan Banner FB Team Hijrah ini dalam blog masing-masing. Linkkan gambar tersebut dengan link: http://www.facebook.com/teamhijrah.my 5. Letakkan pautan (link) entri blog anda di ruangan komen entri ini dan ( kalau ada FB ) di FB Event : Segmen : Kempen Blogger Hijrah , agar kita semua tahu berapa ramai yang sudah join. 6...

Baru atau lama, tidak ku peduli

Image
~motif tajuk? Nanti saya bagitahu ! he he. tet tet tet tet tet tet tet *bunyi montaj* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Anda masih lagi bersama-sama saya, Zahirul Nukman dalam blog ZahirulOnline~ *gaya pengacara MHI* ~sebenarnya, memang suka berangan-angan nak jadi pengacara/ nak cakap sorang-sorang ( gila )~ Gambar tiada kaitan dengan entri ini. sebenarnya. Alhamduillah, minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah kolej. Daftar penempatan pada hari Isnin. Kelas bermula juga pada Hari Isnin. Segalanya bermula pada Isnin. Nasib baiklah Pensyarah semua faham yang kami ni baru sampai ke kolej. Hari Isnin ada 3 subjek. Subjek pertama, Ustaz tunggu di pejabat. Nasib tak tunggu di Audi. Kalau tak, nanye ~ Subjek kedua, lecturer awal2 dah batalkan. terbaik! Subjek ketiga, pada mulanya nak buat kelas, tapi akhirnya beliau batalkan. Fuh ! Disebabkan pada mulanya subjek ketiga tu nak buat kelas, saya sampai ke KUIS lebih awal daripada apa yang dirancang. Targ...

bingkisan titian

Image
[tajuk memang tak boleh merepek lagi ke?] Assalamualaikum w.b.t. motif letak gambar ni? kredit: google. Dengan nama-Nya, aku memohon perlindungan 24 jam 7 hari seminggu daripada terjebak ke kancah kebinasaan. (ini bukan iklan perlindungan 24 jam daripada nyamuk. sekian) OK ! Apa khabar semua? Hebat? Positif? <--- ayat biasa Alhamdulillah, hari meniti hari, aku meniti di jalanan cuti. Mengisi ruangan diberi seadanya sebaiknya. (cukup, jangan terlalu berfalsafah. ;p) Minggu ini minggu ketiga saya bercanda dan berjimba-jimba  menjalani cuti semester pertama. Sepatutnya kan, minggu ni adalah minggu kami menguruskan Minggu Taaruf Asasi untuk ambilan November 2012. Tapi akhirnya, berita baik muncul. Minggu Taaruf dibatalkan. What? Macam mana boleh batal pula? Ya Allah... Tiada intake ke sesi ini? <--- Itulah antara ayat-ayat terkejut daripada kami para pengurus minggu taaruf. he he.. Apa yang penting, cuti perlu diteruskan. aha! Alhamdulillah, cuti kali n...

Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Image
Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral. Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja. Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya. "Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas. Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku. Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas. Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk, Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung? I...

toleransi atau hipokrit?

Image
*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang. Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya? Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat) Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :) --------- Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :) Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua k...

Tiada Entri Tentang Ramadhan Tahun Ini???

Image
Ayat macam gempak kan? :P Apa-apa pun, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua! Dengan segala hormatnya, Perkara di atas adalah dirujuk. *Ni apa hal tetiba buat surat lak ni?? Cilok dari FB Ok, berbalik kepada tajuk di atas, Tiada Entri Ramadhan tahun ini. Ada yang bertanya, dan ada kalanya saya terfikir. Kenapa ya tiada entri tentang Ramadhan? 1) Kehilangan Mood Semua tahu bahawa perkara paling utama dalam nak menulis blog ialah Mood/minat. Maka, tahun ini adalah tahun yang tiada mood untuk menulis yang panjang-panjang tentang Ramadhan. 2) Kesibukan Melampau Sebenarnya belum lagi tahap melampau. Cuma, kekangan masa amat-amat membuatkan diri ini tidak meyempat untuk menaip blog. Macam yang saya pernah tulis di entri lepas, Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling banyak assignment, presentation, dan kerja-kerja lain. 3) Ketandusan Idea Jika tahun lepas saya menulis artikel Menyelusuri Denai Ramadhan adalah untuk urusan penerbitan Buletin Al-Islah ...

Tanda Soal. ??

Image
Assalamualaikum w.b.t. Terdetik di hatiku, apakah tujuan saya berblog? Perlukah untukku berblog? Penuh tanda tanya. :S huh *keluh. Matlamat utama adalah (1) untuk dakwah. *tapi sampai sekarang, berapa sangatlah entri saya berkaitan dakwah Tapi tak mengapa, insya-Allah, aku akan kemaskini blog ini dari masa ke masa berkaitan apa sahaja. :) Selain itu, (2) Saya mahukan lebih ramai kenalan. *Ya, ternyata, kini alhamdulillah saya mempunyai kenalan yang ramai dalam kalangan penulis blog. :) (walaupun tak pernah pergi gathering) lol~ Satu kesilapan (mungkin), adalah kurang update blog ini. Sudahlah lama tidak mengusik, malah bila update, entri entah apa-apa. haha. =.=' Jadi, saya nekad, sekiranya punya masa. InsyaAllah, progresif untuk kemaskini blog ni. :D Terima kasih kepada yang sudi baca.

Fifth Give Away (GA)

Image
Assalamualaikum w.b.t Wah, petang ini sibuk nampak dengan giveaway. Haha, takpe, cuba nasib. *daripada tak buat apa-apa, ye dak?  hehe...  Kali ni, saya ingin menyertai Fifth Giveaway dari blog uniyumi2 (klik gambar untuk ke laman blog tersebut). GA ini saya perolehi hebahannya daripada Penulis Blog Ibu Ummi :) hehe Berikut adalah termas dan Syarat. Terma dan syarat: 1) Penyertaaan dibuka kepada semua. 2) Tinggalkan  address blog  anda beserta  email  address di ruangan komen post ini. 3) Tarikh tamat GA ialah: tepat  jam 12 tgh malam pada 27 Mei 2012.  Pemenang akan diumumkan pada  28 Mei 2012. 4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui  www.random.org.  Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa  tiga (3) hari,  kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi. Checklist: 1) Penyertaan terbuka. :) na...

Segmen: BEN ASHAARI tanya apa yang aku mahu sebenarnya?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Lama juga tidak mengemaskini my beloved blog ni. :)   insya-Allah, saya cuba untuk menyertai sebuah segmen. Lama rasanya tidak bersegmen.  Segmen kali ini dianjurkan oleh abang penulis blog terhangat kini, Abang Ben Ashaari. *siapa tak kenal memang tak pernah ada blog dan Facebook Ini header blog Ben Ashaari *kalau korang nak tahu sangat Klik ni untuk ke Segmen di Blog Ben Ashaari Ini adalah terma dan syarat yang dikenakan kepada yang ingin sertai segmen. :) 1. Buat satu entri khas , letak header BEN ASHAARI.COM . Tajuk , BEN ASHAARI TANYA APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA ? dan linkkan ke entri ini .. 2. Luahkan atau beri cadangan apa yang korang mahu sebenarnya dalam PRU nanti .. Tak boleh lebih dari 200 patah perkataan . 3. Apakah korang rasa kerajaan sekarang ini , mentadbir dengan baik atau perlu diperbaiki lagi ? Atau perlukan kerajaan yang baru ? 4. Tu jee . Siap ? Tinggalkan link entri korang di ruangan komen ni .. 5. Tutup , jam 12...