Erdogan, AK Parti, Turki dan Islam
ERDOGAN, AK PARTI, TURKI DAN ISLAM. Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai isu Turki dan AK Parti yang ditanya oleh mahasiswi UIAM kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan : Assalamualaikum wbt. Soalan saya, apakah bacaan Ayah Chik sendiri terhadap Turki yang sekarang masih berada di bawah pemerintahan parti AKP. Sebab seperti yang kita semua sedia maklum, parti AKP adalah parti yang membawa ideologi sekular, bahkan kerajaan Turki sendiri mempunyai hubungan rasmi dengan Israel. Jadi, adakah langkah yang diambil Turki mutakhir ini agak terkehadapan berbanding negara-negara Islam yang lain dalam mempertahankan hak kemanusiaan seperti di rohingya, hanyalah sebagai satu percaturan politik atau satu agenda belakang yang dikuasai Amerika, atau bagaimana? (minit ke 1:18:12) Jawapan: ...