Selamat Hari Guru !!!
Assalamualaikum wbt. Sejak dari kecik kita lalui proses pembelajaran. tentunya proses ini diisi dengan seseorang yang bergelar guru. Sejak lahir, kita diajar berjalan, bercakap, makan, minum dan berlari oleh pendidik pertama kita iaitu IBU dan BAPA kita. *thank you ummi & papa Ketika kita berumur 5-6 tahun, kita dihantar ke TADIKA. Kita juga mula dihantar ke tempat mengaji al-Quran. Kemudian, berumur 7-12 tahun kita dihantar ke sekolah rendah. Seterusnya apabila berusia 13-18 tahun, kita berada dalam alam sekolah menengah. Sepanjang tempoh ini, kita mempelajari kehidupan daripada pelbagai guru. Mereka adalah manusia biasa. Manusia yang dianugerahkan Allah kepada kita. Mereka seperti kita yang mempunyai sikap dan perangai tersendiri. Perlu diingat, mereka bukan MAKSUM ! Jadi, jangan salahkan mereka sepenuhnya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU, kepada Kedua-dua ibu bapa saya (The First Teachers in My Life), Cikgu Nara n Cikgu Anis Cikgu Rob...