Posts

Showing posts from 2016

Resepi : Spaghetti Bolognese

Image
Memang lately suka letak gambar makanan je dalam insta ni. hahaha. Okey gais, kali ini kami anak beranak buat bolognese spaghetti (oh menn taktau eja betul dia camne . haha) . Buat kuah dia ni senang je. Umi ajar. Haha. Basically : 1) Bawang Merah sebijik 2) Bawang Putih 2 ulas je. 3) Daging Ayam / Lembu kisar (tadi kisar sendiri) 4) Pes Bolognese semestinya dari Prego~ 5) Minyak dan Garam jangan lupa. Okey, mula² tuangkan minyak. lepas tu, tumiskan bawang² tadi sampai naik bau. Lepastu masukkan daging2 kita yang dah dikisar tadi. Bila ayam macam dah masak sikit, masukkan sos Prego tadi. . Okey, dah siap. Ce try rasa sikit. Kalau tawar, letak garam sikit, kalau nak masam lagi, letak sos tomato atau sos cili sikit. . Dan Basic Kuah dia dah siap. 👌👌 . Anda2 semua nak tambah Sosej pon boleh, tomato dadu pon boleh, dan campur la pape asalkan sedapp . . Okey, pasta dia pulak acano? Cam biasa la, letakkan pasta dia tu dalam air bersama sedikit minyak. Didih sampai past

Resepi : Patin Masak Tempoyak

Image
====================== PATIN MASAK TEMPOYAK ====================== Ini adalah resepi untuk Patin masak tempoyak, stail umi saya. . Bahan-bahan. Patin seekor. 2 btg Serai, ketuk dia. Cili api yg dikisar (sesuka hati / dlm 3 sb) Serbuk Kunyit Tempoyak (sesuka hati / dalam 3-4 sb) Air Bawang (kalau nak, tak letak pon xpe) . Simple kan? So, sekarang kita trust pada lidah kita je. haha. . Cara-cara nak buat: . 1. Campak dulu Cili api yang dikisar tadi, bersama air sikit. Tak perlu buka api lagi. (refer gambar 1) . 2. Lepas tu, masukkan serai yang dah diketuk. (refer gambar 2) . 3. Letak serbuk kunyit, bawang yg dah dipotong, dan air. Air jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Pandai-pandai, ok? (refer gambar 3) (time ni boleh dah hidupkan api) . 4. Masukkan tempoyak sesuka hati kemudian (refer gambar 4) . 5. Dah boleh masukkan ikan patin. (refer gambar 5) . 6. Tunggu dalam beberapa minit lagi, dan ... . Dah siap! . Boleh la cuba rasa. Touch up pape yan

Resepi : Masak Cili Api

Image
Menu petang ni, simple jugak masak dia. Dipanggil sebagai "Masak Cili Api", bukan masak lemak cili api ea. Jangan silap. Herher. . Macam masak sambal je sbnrnya. . Bahan2 dia tengok time saya bercerita nanti. Haha. . - - - - - - - - . 1. Gorengkan Ayam terlebih dahulu. Nak guna sotong pon boleh, nak guna ikan keli pon boleh. Daging korban yang x habis hari tu pon, boleh guna jugak. Goreng semua, kasi garing2 gitu. . Tadi ayam dalam 7-8 ketul. Nak masukkan seekor pon boleh. . 2. Dah siap goreng, jangan buang minyak dia. Kita nak guna minyak tu utk buat sambal. Biarkan je dalam kuali tu. . 3. Kalau saya, saya suka letak kentang. So, goreng kentang siap2. . 4. Untuk sambal, kita perlukan : - 4-5 biji Bawang Besar. Lagi banyak lagi bagus. Manis bawang tu yg kita nak. (serius ni). Hiris bawang siap2. - Cili api yang dah dikisar lumat. - Asam keping dalam 4-5 keping, carik2 kan jadi lebih halus. - Garam satu sudu besar. . 5. Panaskan minyak ayam tadi. Kuanti

Efektif dan Efisien

Image
Efektif dalam Kamus Dewan membawa maksud dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan. Dalam erti kata lain, efektif ialah mencapai matlamat dalam melakukan sesuatu perkara. . Efisien dalam Kamus Dewan membawa maksud mampu mengerjakan sesuatu tugas dengan tepat dan cermat tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja. . ======================= . Bila didedahkan dengan kedua-dua terma di atas, terus minda aku teringat rancangan di TV iaitu Chef in Your Ear. (Minda sudah dijajah hedonisme? okebai) Pengguna Astro boleh tonton di Saluran 702, DIVA pada masa yang ditetapkan. . Rancangan ini menguji dua orang chef yang terkenal untuk mengajar dua orang peserta yang kurang berkemahiran dalam memasak bagi menghasilkan hidangan yang enak, dengan dibekalkan sebuah monitor dan sepasang headphone. . ======================= . Apa yang mengaitkan rancangan ini dengan dua terma yang diutarakan ialah, rancangan ini menguji keefektifan kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dalam masa yan

Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya : Daerah Seremban

Image
Syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihanraya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Tahun 2016. Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat satu pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : P. 132 Port Dickson (Nama Asal: Telok Kemang) Bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat tiga pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : 1. N. 24 Seremban Jaya (Nama Asal: Senawang) 2. N. 33 Sri Bayu (Nama Asal: Port Dickson) 3. N. 36 Bukit Rokan (Nama Asal: Repah) Terdapat perubahan pada persempadanan bagi P. 127 Jempol, P. 128 Seremban, P. 130 Rasah, P. 131 Rembau, P. 132 Port Dickson dan P. 133 Tampin. Sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang tidak disebut tetap serupa seperti yang ada sekarang. Rujuk Peta yang disediakan. Parlimen Jelebu   Parlimen Ku

PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

Image
PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI Disusun oleh: Zahirul Nukman Narakna PENDAHULUAN Turki, seperti yang kita semua sudah ketahui adalah sebuah negara yang terletak dalam dua benua, Asia dan Eropah. Di bahagian Asia, ia dipanggil sebagai Anatolia ( Anadolu ) dan di sebelah Eropah yang lebih popular dengan nama Balkan [1] . GEOGRAFI TURKI Secara geografinya, ia dikelilingi oleh daratan dan lautan. Bersempadan dengan negara Bulgaria dan Greece di bahagian Eropah; Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, dan Syria di bahagian Asia. Turki juga disempadani dengan perairan Laut Hitam (yang menjadi pertikaian proksi US dan Rusia dengan isu tuntutan terhadap wilayah Crimea), Laut Aegea (antara Greece dan Turki) dan laut yang tidak asing di persempadanan Eropah-Asia), dan Laut Mediterranean (yang di dalam kawasannya terletaknya kepulauan Cyprus). Turki menguasai selat yang penting yang memisahkan Eropah dan Asia, iaitu Selat Turki yang meliputi Selat Bos

Perginya Pemuda Yang Menghidupkan Jiwa

Image
Assalamualaikum. Baru boleh update tentang beliau. Allahuakbar. Sejujurnya baru dapat berita pemergian beliau jam 9 lebih tadi. Bila buka whatsApp, nampak "Ammar Haziq meninggal" terus aku terdiam, meratib al-Fatihah sahaja, dan tangan makin laju membuka group2 whatsApp yang semuanya bercerita tentang pemergian beliau. Ammar Haziq, mungkin kita tak rapat sepertimana sahabat Quran Sunnah dan sahabat Taaruf yang lain, tapi ketawadukkan kau terhadap semua orang menjadi perhatian dan tidak boleh dinafikan. Siapa je yang tak iktiraf kebaikan kau? Aku yakin semua orang akan sangat terasa dengan pemergian kau. . Kenangan sepanjang berada dalam Taaruf Committee tetap aku ingat. Dari situ aku kenal kau. Jaga pagar mahallah sama-sama, sambut beg budak baru. Program ALAM pon kau banyak join. . Tiada gambar kita bersama, kerana kita tidaklah serapat mana, namun kenangan lepas tetap tersemat. Insha-Allah. . Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Ammar Haziq bin Hawa. Pemergian kau

Akhirnya Berabang Ipar

Image
Hai Assalamualaikum ! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semuanya selesai. Kakakku selamat menjadi isteri kepada suaminya. Haha. Terima kasih kepada semua yang menaja, menyumbang tenaga, membantu apa yang patut. Sebenarnya nak tulis panjang-panjang, tapi rasa macam tak terkeluar benda yang nak ditulis ni. . Lega sebab dapat menyumbang tenaga untuk keluarga. Oh ye, aku memang renyah sikit buat kerja sebenarnya, bila disuruh baru la aku buat. Hahha. Perangai mengalahkan orang tua. Tapi ala kulli hal, selamat memenatkan diri semalam dan dua hari lepas. Rasa macam nak pergi spa, nak surub orang urutkan badan. Haha. Terima kasih jugak kepada kawan2 yang datang. Ajak atas stand Rumah Terbuka, padahal akak kawen. Haha. Terima kasih Raihan, Sood, Sope, Atok, Dayak, Faris, Ijat Qiwam, Bedek, Gelam yang dah lama sangat tak jumpa, Ajai, Adol, Zuhri, Baba, Syira, Fadilah, Baby Aisyah, Ain, Khaleeda, Zahidah, Nadrah, Kak Siti, Syamina, Nadzirah, Hani, Abel, Zuzu, dan 2 roommate Nad (xtau nama). D

Ulamak yang hidup, Menghidupkan

Image
Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Salleh Musa 8.15 MALAM 18 SYAWAL 1437 22 JULAI 2016 Di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Al-Fatihah. Seorang yang istiqamah dalam mendidik daie ilallah, dan turun ke lapangan menentang kemungkaran.

Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Image
Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) November 1951 Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu) , bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO). Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Disember 1956 Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi , Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad . Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan