Posts

Showing posts with the label Cuti

Acara

Image
Assalamualaikum ! Selamat bercuti kepada semua! Alhamdulillah, cutiku dimulakan dengan program di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) untuk Kursus Nuqaba dan Imamah Selangor. Sebuah program yang 'awesome' dan Mantap. Dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy, anjuran ILDAS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Kemudian, minggu tersebut dipenuhi dengan PRK IPTA tempatan seperti UKM, USIM, UUM dan lain-lain. Ada beberapa kenalanku yang menjadi calon dan memenangi pemilihan tersebut. Tahniah dan Takziah diucapkan. Di hujung minggu pula, aku menyertai program sidang meja bulat anjuran Institut Forum Siswa (I-Forsis) yang bertemakan 'Suatu Kesepakatan Baharu: Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP'. Sidang Meja Bulat tersebut dianggotai oleh front-front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), dan Kumpulan aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Seminggu selepas itu, 2 har...

100 markah.

Image
Lirik Lagu: Banggakah dirimu Kekasihmu sahabatku Rupanya selama ini Dia menaruh hati - Yuna, Lelaki ------- Jumaat ni exam. Exam Feqah Ibadat, subjek paling susah semester ini, dan aku sempat lagi menaip mengomel di sini, siap letak lagu Yuna. -____-" Hahaha. Belek Gambar, terjumpa gambar terakhir peperiksaan akhir semester 3 Asasi. :') Oh, Sebenarnya aku rindu AI B. T_T Subjek paling susah. Bukan apa, benda-benda berkaitan ibadah ni memang tak boleh dibuat hentam keromo. Walaupun basic nya mungkin dah tahu, tapi mengenal perkara sahihiyah itu kadang tersilap. Semalam baru selesai subjek kedua susah, Aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah, mujur study dan belek soalan-soalan lepas. Kaau tak degar cakap kawan-kawan untuk studi, memang taklah aku usik buku. >,< Jangan tiru gaya saya. kbai. Lepas exam Feqah nanti, lepas solat Jumaat, nak terus balik rumah. Tapi kan, kita still kesian dengan mereka yang tinggal jauh macam Kedah, Terengganu, Kelantan. Buk...

Dari Berangan, Kepada Perancangan

Image
Bismillah. Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan. Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :) Anak Bulan 3 Ramadhan. :) Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga. Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :) Hidupkan budaya Ilmu. :) Pernah dengar tak hadith, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pah...

Kesempitan itu Pengajaran, Juga Pengalaman.

Image
Puisi tekanan perasaan *pon boleh* Kadang-kadang kita rasa nak lari dari realiti, kan? Kita cuba lari, dan lari, dan lari. Sampai mana kita mampu? Kita takkan boleh lari dari realiti. Jangan nak membohong ! Jangan nak tipu diri-sendiri. Realiti itu, hakikatnya mimpi.' Mimpi kita di dunia ini. Nyah kau tekanan perasaan. Pergi kau alasan ! Biar kita sudah terlajak, Setiap derap harus dijejak. Huh! Kita tak mampu untuk lari dari semua ini ! Tapi kita takut. Takut, hingga membuatkan minda kita kabut. Argh ! Ketakutan itu membantutkan diri kita, memerangkap langkah kita, menggetarkan jiwa kita ! Di saat ini dan sepanjang masa, hanya Tuhan tempat kita meminta. ----------------------------------------- *Ada yang kata aku ni terlalu 'jijik' dengan hal ehwal cinta-cinta ni. Oh no . Aku bukan jijik dengan cinta, aku jijik dengan orang yang terlalu obses bercinta seolah-olah dunia milik dia dan 'bakal' pasangannya. 'Jijikan' aku...

Cerita cuti sikit

Image
Assalamualaikum. Hiuh ! *Lap peluh dekat dahi* Akhirnya tercapai juga impian untuk menulis. Untuk pengetahuan, sudah empat hari saya mahu menulis dalam Blog ini. Saya tak tahu macam mana nak katakan. Mana taknya, bila mahu menaip, ada halangan datang. Ada tu mula-mula bersemangat, tapi bila dah buka 'dashboard', semangat hilang. Bila dah sedia nak tulis, line internet pula terputus. Nasib-nasib. :) Apa-apapun, saya sudah berada di sini. *yeay !* OK, nak cerita apa ye? Sebenarnya cuti seminggu pertama ni tak buat kerja apa sangat. :) Ha ! Hari tu kan, hari Isnin lepas, saya ke Lembah Pantai. Sebenarnya agak terkejut la bila mana di kawasan Kuala Lumpur sedang hangat 'perang bendera' sedang berlaku. Mana taknya, di kawasan Pajam-Mantin ni, perang belum bermula. *Luar Bandar la katakan* Ish ish ish. #DemiRakyat Kemudian, sepanjang minggu ini juga, saya membantu ummi saya membungkuskan makanan untuk diedarkan ke Balai Polis berdekatan, untuk diberi kepad...

Baru atau lama, tidak ku peduli

Image
~motif tajuk? Nanti saya bagitahu ! he he. tet tet tet tet tet tet tet *bunyi montaj* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Anda masih lagi bersama-sama saya, Zahirul Nukman dalam blog ZahirulOnline~ *gaya pengacara MHI* ~sebenarnya, memang suka berangan-angan nak jadi pengacara/ nak cakap sorang-sorang ( gila )~ Gambar tiada kaitan dengan entri ini. sebenarnya. Alhamduillah, minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah kolej. Daftar penempatan pada hari Isnin. Kelas bermula juga pada Hari Isnin. Segalanya bermula pada Isnin. Nasib baiklah Pensyarah semua faham yang kami ni baru sampai ke kolej. Hari Isnin ada 3 subjek. Subjek pertama, Ustaz tunggu di pejabat. Nasib tak tunggu di Audi. Kalau tak, nanye ~ Subjek kedua, lecturer awal2 dah batalkan. terbaik! Subjek ketiga, pada mulanya nak buat kelas, tapi akhirnya beliau batalkan. Fuh ! Disebabkan pada mulanya subjek ketiga tu nak buat kelas, saya sampai ke KUIS lebih awal daripada apa yang dirancang. Targ...

Debaran Semester Dua

Image
Assalamualaikum ! Alhamdulillah, semester pertama Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjaya kuharungi. Keputusan peperiksaan akhir semester juga telah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya memasukkan diri dalam Senarai Dekan (literally translation of Dean's List) Sedikit ulasan untuk semester satu, *mana tahu yang baca blog ni adalah yang bakal masuk Asasi KUIS, betul tak?*. Subjeknya ialah: FIAK 1103 - AL-MADKHAL LI ALAQIDAH WA AL-AKHLAK FLAI 1113 - AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH I FLAM 1103 - AL-MASADIR LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH FLEE 1113 - ENGLISH I FTSC 1103 - INTRODUCTION TO COMPUTER MPW 1143 - PENGAJIAN ISLAM STP 1000 - SISTEM TARBIYAH PELAJAR Untuk subjek Akidah, tiada komen. :) Semuanya OK, belajar yang asas sahaja. Alhamdulillah. Cuma, perlu banyak menghafal. Yang dihafal itu, bahasa Arab. Tapi, belajar memang santai dan terbaik. Pensyarah saya: Ustaz Wan Fakhrul Razi b Wan Mohamad. Subjek Bahasa Arab. That is my fa...

bingkisan titian

Image
[tajuk memang tak boleh merepek lagi ke?] Assalamualaikum w.b.t. motif letak gambar ni? kredit: google. Dengan nama-Nya, aku memohon perlindungan 24 jam 7 hari seminggu daripada terjebak ke kancah kebinasaan. (ini bukan iklan perlindungan 24 jam daripada nyamuk. sekian) OK ! Apa khabar semua? Hebat? Positif? <--- ayat biasa Alhamdulillah, hari meniti hari, aku meniti di jalanan cuti. Mengisi ruangan diberi seadanya sebaiknya. (cukup, jangan terlalu berfalsafah. ;p) Minggu ini minggu ketiga saya bercanda dan berjimba-jimba  menjalani cuti semester pertama. Sepatutnya kan, minggu ni adalah minggu kami menguruskan Minggu Taaruf Asasi untuk ambilan November 2012. Tapi akhirnya, berita baik muncul. Minggu Taaruf dibatalkan. What? Macam mana boleh batal pula? Ya Allah... Tiada intake ke sesi ini? <--- Itulah antara ayat-ayat terkejut daripada kami para pengurus minggu taaruf. he he.. Apa yang penting, cuti perlu diteruskan. aha! Alhamdulillah, cuti kali n...

Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Image
Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral. Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja. Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya. "Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas. Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku. Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas. Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk, Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung? I...

toleransi atau hipokrit?

Image
*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang. Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya? Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat) Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :) --------- Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :) Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua k...

Menjalani Cuti Semester Pertama

Image
Berubah ! Nah, semua orang inginkan perubahan. Berubah dari yang buruk, kepada yang baik. daripada yang baik kepada lebih baik ! Itu pengertian umum tentang berubah atau berhijrah. Alhamdulillah, Semester Pertama sebagai Mahasiswa Asasi berjaya kutempuhi. Banyak pengalaman baru, pendedahan yang lebih universal, pemikiran yang lebih liberal dan macam-macam lagi dogma dan norma yang dilalui. :) Selamat Tinggal Bilik. :D Cuti. Yang diberi hanya 3 minggu. 3 minggu ini jugalah aku penuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti Khususku untuk minggu cuti ini adalah 'Menguruskan Progrm Taaruf Asasi KUIS" untuk ambilan November 2012. Dan aku ditaklif sebagai Setiausaha. Nama pun s.u, jadi kerja memang banyak dan mobilisasi amat penting! Mujur, tuan pengarah program tinggal sekampung. Mantin ! he he. Kaau tak, tak tahu macam mana nak bergerak. Inilah hasilnya buku-buku milik sendiri dari rumah dan KUIS yang tak tahu mana lagi nak letak. :) OK, itu tentang Minggu...