Posts

Showing posts from November, 2019

Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang

Image
Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/ ------ Setuju dengan saranan ini. Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul. Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS. Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan. Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di