Posts

Showing posts from August, 2011

Blog Baharu: PuteraMadani

Di kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kunjungan semua pembaca blog ini ke blog kedua saya yang lebih 'simple'. 'Link'nya adalah seperti berikut. http://puteramadani.blogspot.com Moga kehadiran blog kedua ini memberikan seribu satu makna dalam hidup saya. Sekian, wassalam...

Warkah Sahabat: Menyelusuri Denai Ramadhan

Warkah Sahabat: Menyelusuri Denai Ramadhan Oleh: Putera Madani Warkah ini kutitipkan buat diriku dan sahabat pembaca yang dikasihi sekalian. Apa khabar iman kalian sepanjang Ramadhan tahun ini? Moga bulan al-Mubarak tahun ini lebih baik daripada bulan Ramadhan tahun lepas. Pembaca yang dimuliakan, Sedar atau tidak kita sudah menjejakkan kaki ke fasa terakhir Madrasah Ramadhan 1432H. Fasa terakhir sebuah persiapan. Fasa terakhir sebuah persediaan. Ibarat sebuah penerbangan yang bakal berlepas. Para penumpang sedang menunggu di balai berlepas lapangan terbang. Berlepas? Mengapa tidak dikatakan tiba atau berlabuh? Ya, Ramadhan itu sebuah persiapan. Ia adalah sebuah madrasah tarbiah. Universiti rahmah dan maghfirah. Tempat kita melatih diri untuk memperbanyakkan amalan dan mempertingkatkan ibadah. Tempat di mana kita mengutip dan memungut seberapa banyak bekalan untuk meneruskan sebuah perjalanan ke Universiti Ramadhan tahun berikutnya. Ini bermakna, Syawal dan bulan-b

Solat | Saf Jemaah

Image
Assalamualaikum semua.. Ramadan kembali lagi.. ayuh kita mencari keberkatannya... Bulan Ramadan. Sinonim dengan puasa, tarawih, zakat fitrah, sahur, dan tadarus. Oh ya, bercakap tentang Tarawih..saya ada pendapat yang ingin keutarakan.... Tarawih, merupakan solat yang dikhususkan untuk bulan Ramadan  sahaja. Ia boleh dilakukan dari 8 rakaat hingga 20 rakaat. (banyak perbahasan dalam bilangan rakaat tarawih ni sebenarnya, tapi kita ambil jalan wasatiyyah. Solat Tarawih merupakan solat sunat. jadi, terpulang nak buat berapa rakaat yang kita nak... ada pendapat mengatakan terawih 36 rakaat !!! Tarawih biasa dilakukan secara berjemaah.Berbicara tentang jemaah solat ni... 1) Budak-budak kecil (Budak bawah 13 tahun) dikehendaki duduk di saf belakang 2) Saf kedua, ketiga, biasanya  dimulakan dengan belah kanan atau kiri. Yang nombor satu tu.... saya tak berapa setujulah... bukan apa, kalau difikirkan, Masjid tak kan hirukpikuk dengan suara kanak-kanak sekiranya mereka solat