Posts

Showing posts with the label Albani

Palsu atau Sahih?

Image
Gambar Hiasan : Sumber Google. Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini, dunia aliran pemikiran (tak perlu dinyatakan) Islam kembali hujah-menghujahi (saling berhujah). Antara isunya adalah berkaitan kata-kata di bawah: Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China Masalah: Kata-kata di atas dikatakan sebagai Hadis Rasulullah. Sumber Riwayat Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya. Hadis bernombor 18. (Lihat: Al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Beirut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29) Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Syuab al-Iman. Hadis bernombor 1663. (Lihat: Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaglul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut dalam Musnad al-Bazzar. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai Palsu ...

Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke? ...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...