Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...