Posts

Showing posts with the label Aktivis

Ukhuwah yang tidak terbeli

Image
Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha. Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun. Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :') A...

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Image
Assalamualaikum w.b.t, Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :) Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha. Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa.. Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat. Apa-apa pu...

Of Our Examination, Friendship and Expectation

Image
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks...

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.

Image
PEMBUKA Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini. I ------------------------------- Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi. Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga. Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita. Walau benar sekalipun yang disampaikan, nilai akhlak di paras yang mendukacitakan, Maka, sia-sia usaha anda. Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas. II ---------------------------------------- Kuat berdemo, turun ke jalanraya, Namun jati diri sebagai Muslim tiada. Musnah dan deritalah agama. III ---------------------------------------- Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini. Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah, Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG. 1) Idealisme ...