Posts

Showing posts with the label Kuala Pilah

Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya : Daerah Seremban

Image
Syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihanraya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Tahun 2016. Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat satu pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : P. 132 Port Dickson (Nama Asal: Telok Kemang) Bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat tiga pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu : 1. N. 24 Seremban Jaya (Nama Asal: Senawang) 2. N. 33 Sri Bayu (Nama Asal: Port Dickson) 3. N. 36 Bukit Rokan (Nama Asal: Repah) Terdapat perubahan pada persempadanan bagi P. 127 Jempol, P. 128 Seremban, P. 130 Rasah, P. 131 Rembau, P. 132 Port Dickson dan P. 133 Tampin. Sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang tidak disebut tetap serupa seperti yang ada sekarang. Rujuk Peta yang disediakan. Parlimen Jelebu   Parlime...

Releven atau Tidak?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun ! Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu. Pelajar dari Negara luar turut sama belajar. Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu. Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua b...

Selamat Hari Guru !!!

Image
Assalamualaikum wbt. Sejak dari kecik kita lalui proses pembelajaran. tentunya proses ini diisi dengan seseorang yang bergelar guru. Sejak lahir, kita diajar berjalan, bercakap, makan, minum dan berlari oleh pendidik pertama kita iaitu IBU dan BAPA kita. *thank you ummi & papa Ketika kita berumur 5-6 tahun, kita dihantar ke TADIKA. Kita juga mula dihantar ke tempat mengaji al-Quran. Kemudian, berumur 7-12 tahun kita dihantar ke sekolah rendah. Seterusnya apabila berusia 13-18 tahun, kita berada dalam alam sekolah menengah. Sepanjang tempoh ini, kita mempelajari kehidupan daripada pelbagai guru. Mereka adalah manusia biasa. Manusia yang dianugerahkan Allah kepada kita. Mereka seperti kita yang mempunyai sikap dan perangai tersendiri. Perlu diingat, mereka bukan MAKSUM ! Jadi, jangan salahkan mereka sepenuhnya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU, kepada Kedua-dua ibu bapa saya (The First Teachers in My Life), Cikgu Nara n Cikgu Anis Cikgu Rob...