Ahli Dewan Negara : Pelantikan Tokoh Luar Terengganu Bukan Suatu Yang Asing
PERLANTIKAN TOKOH LUAR TERENGGANU BUKAN SUATU YANG ASING. 1. Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ustazah Nuridah Salleh di atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini (29 November 2018). 2. Dimaklumkan bahawa proses mengangkat sumpah sebagai Senator akan diadakan di Dewan Negara (Parlimen Malaysia) dalam tempoh terdekat. 3. Perlantikan Ustazah Nuridah Salleh dibuat kerana kekosongan kerusi wakil Terengganu ekoran tamatnya tempoh berkhidmat mantan Senator, YM Puan Engku Naimah Engku Taib pada bulan ini (November 2018). 4. Perlantikan Ustazah Nuridah yang berasal dari luar Terengganu - yang juga kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan - bukanlah suatu tindakan yang asing. Ianya boleh dilakukan oleh mana-mana negeri. 5. Malah, ketika PAS mentadbir Terengganu di bawah kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1999-2004, tindakan yang sama...