Posts

Showing posts with the label Novel

Tiba masa bergabung tenaga.

Image
Kita melegkapi antara satu sama lain. Pelajar Asasi KUIS yang sama batch dengan saya. Mereka ini ada sesuatu yang mereka mahu. tetapi impian tersebut kebanyakannya terkubur. Ramai yang ingin menghasilkan sesuatu. Mereka mempunyai semangat untuk memberi. Pendekatan mereka pula lain-lain, itu perkara biasa. Yang mahir dalam video/ fotografi, ingin menghasilkan poskad, filem pendek, vlog dan lain-lain. Yang mahir dalam bahasa dan sastera, ingin menghasilkan buku, koleksi puisi dan lain-lain. Yang pandai melukis, ingin hasilkan komik dakwah, kartun 4 kotak dan lain-lain. Impian kebanyakan mereka terkubur, Faktornya: 1. Pelajar lain tidak memberi kerjasama. 2. Mereka tidak dapat mencari kumpulan sendiri yang sama 'kepala' dengan mereka. 3. Kebanyakan mereka hanya memendam, tidak meluah. Insya-Allah, aku berharap agar kita semua bergabung untuk semester ini sampai habis belajar, sampai mati. Kita bina teamwork, walaupun tidak sama pendekatan, namun kita perlu...

Novel, Remaja dan Melayu

Image
Gambar Hiasan. ;) Ronda-ronda kedai buku, berhenti di ruangan "Novel Melayu", Sah, 4 daripada 6 rak yang diperuntukkan untuk ruangan tersebut adalah Novel yang berkisarkan Cinta ! Isu orang Melayu ni memang hanya Cinta ya? Hmm... Novel yang berusaha menjadikan cerita cinta mereka adalah paling indah buat semua. Mujur di ruangan "Novel Remaja", buku-buku, Novel, Kompilasi Cerpen terbitan PTS, Utusan, Galeri Ilmu mendominasi. Kalau tidak, parah ! Itu belum lagi lihat ruangan lain !