Garis masa parti politik nasionalis Melayu, sosialis dan Islam di Malaysia

 

Berikut dikongsikan garis masa perkembangan parti politik di Malaysia dalam ideologi nasionalis Melayu, Islam dan sosialis.

Dimulakan dengan penubuhan PKMM, diikuti UMNO dan membentuk garis parti-parti berideologi nasionalis Melayu yang merupakan pecahan dan serpihan UMNO.

Kemudian penubuhan Hizbul Muslimin (HM), diikuti PAS dan membentuk garis parti-parti berideologikan Islam yang merupakan pecahan dan serpihan PAS.

Menyusul agak lewat, penubuhan Parti Buruh, Parti Rakyat membentuk Barisan Sosialis dan seterusnya bertahan dalam arus politik Malaysia dengan ideologi sosialis yang dibawa.

Sebenarnya saya ada juga buat untuk Nasionalis Cina, Nasionalis India dan parti-parti campuran yang lain. Namun, tumpuan utama yang ingin diketengahkan ialah garis sejarah penubuhan UMNO, PAS, PKR dan parti-parti terkini (khususnya melibatkan masyarakat Melayu-Islam) yang kebanyakannya lahir dari 3 jalur utama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan