Kenapa Tok Guru Terlibat Politik?


KENAPA TOK GURU TERLIBAT POLITIK?

Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "keterlibatan Tok Guru dalam arena politik", yang ditanya oleh mahasiswi kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018.

Soalan:
 Tok Guru merupakan salah seorang tokoh ilmuwan yang berkecimpung dalam dunia politik. Secara logiknya, kalau Tok Guru memfokuskan hanya kepada bidang keilmuan, Tok Guru akan lebih disanjungi dan dihormati lebih ramai orang.

 Jadi, soalan saya (ialah) kenapa Tok Guru memilih untuk berada dalam bidang politik yang kita tahu banyak tohmahan, kritikan dan ujian, sedangkan kalau Tok Guru hanya berada dalam bidnag keilmuan akan lebih banyak lagi pengaruh-pengaruh positif yang kita boleh sebarkan terutamanya dalam menyebarkan ilmu Islam? (minit 1:59:56 hingga 2:00:32)

Jawapan:
1. Soalan (mengenai) kenapa perlu disertai politik, Kita kena sedar bahawa Allah Taala menjadikan manusia ni ada tiga tujuan.

2. Yang pertama, beribadah kepada Allah Taala. Yang kedua, Khilafah. Khilafah ini ialah politik. (Politik ialah) mentadbir dan mengurus. Yang ketiga ialah amanah (dalam) melaksanakan syariat. Ini tiga (yang) disebut sebab Tuhan jadikan manusia dalam al-Quran.

3. Dan kita saksikan bagaimana Nabi-Nabi, Rasul-Rasul Alaihimussalam adalah ahli ibadat. Nabi-nabi juga adalah ahli politik. Dengan sebab itu Nabi-nabi ini bukan sahaja berdakwah menghadapi rakyat biasa, Nabi-nabi juga menghadapi pemimpin-pemimpin Negara di zaman masing-masing.

4. Dan ada Nabi yang memerintah negara, Nabi Daud dan Sulaiman (serta) Nabi kita (Muhammad) memerintah negara. Ada Nabi yang berjuang tidak sempat mencapai kemenangan, disambung oleh Nabi yang lain.

5. Perjuangan politik itu ada dalam perjuangan Nabi-nabi, bukan sahaja berdakwah. Dakwah dan Politik tidak boleh dipisahkan dalam Islam, itu kita kena sedar.

6. Adapun fahaman mengatakan politik tak ada dalam Islam (agama) itu fahaman Bible, yang (telah) diubah dan dipinda. Bible yang tidak digabung dengan Taurah, di mana orang Kristian (pada asalnya) disuruh beramal dengan Injil dan Taurah keduanya sekali.

7. Timbulnya teori sekularisme memisahkan kegiatan politik dan kegiatan agama ialah setelah kita orang Islam dipengaruhi oleh Barat. Barat ni pula oleh kerana dia terima Kristian, (iaitu) agama yang tidak ada Taurah. Dan berlaku pertembungan antara Raja dan Gereja, maka dibuat keputusan Gereja tidak boleh campur hal Raja, Raja tidak boleh campur hal Paderi.

8. Kemudian berlaku perkembangan sains dan teknologi selepas masuk pengaruh tamadun Islam, dan Kristian paderi-paderi menolak teknologi ini, maka berlakulah pemisahan (antara agama dan hal kehidupan) itu.

9. Jadi, sekularisme yang memisahkan politik daripada urusan dunia ini adalah tepat dengan ajaran Barat, tak tepat dengan Islam. (minit 2:05:29 hingga 2:08:33)

#SyarahanPerdana #ModelIslamMemimpin #IslamLeadingModel

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan