Ketidakseimbangan Nisbah antara Penduduk Malaysia dengan Wakil Rakyat Kerajaan Mesti Dipulihkan
KETIDAKSEIMBANGAN NISBAH ANTARA PENDUDUK MALAYSIA DENGAN WAKIL RAKYAT KERAJAAN MESTI DIPULIHKAN.
Berikut merupakan sedutan transkrip ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam sesi dialog anjuran Majlis Perwakilan PAS United Kingdom-Ireland bersempena lawatan beliau ke London, United Kingdom pada 24 Disember 2018. Transkrip disediakan oleh Fuad Ahmad, dan disunting oleh Zahirul Nukman.
__________________________
(Saya nak) bagi penjelasan berdasarkan pilihanraya baru ini.
1. Pakatan Harapan menang dalam kedudukan yang tidak selaras dengan demografi penduduk. Penduduk di Malaysia 60% adalah orang Islam. Yang baki itu bukan Islam.
2. Baru-baru ini (keputusan) pilihanraya menjadikan Pakatan Harapan, (wakil rakyat) yang bukan Islam 66 kerusi, (manakala wakil rakyat) Islam 58 kerusi. Bukan Islam mendominasi kerajaan, yang majoriti (rakyat)nya orang Islam. Ini akan menimbulkan masalah, dengan sebab itu perlu diselesaikan masalah ini. Kita kena sedar.
3. Banyak negara di dunia, Fiji sebagai contoh. Bila naik bukan kaum rakyat Fiji yang memerintah, dia tak berani kata adil. Berlaku ketegangan rampasan kuasa. (Contoh lain di) Chile, Fujimori, (orang) Jepun. Orang Jepun ada berapa peratus sahaja di Chile, dia dapat kuasa dengan politik wang. Tapi apa jadi pada Chile.
4. Dalam politik Islam kita mesti melihat dominasi. (Ciri-ciri pemilihan pemimpin) Satunya, ilmu dia, (Kedua) adil dia, (Ketiga) baik dia, dan; (Keempat) mesti kaum dominasi yang menguasai pemerintahan itu.
5. Ini sangat penting. Dengan sebab itu, masalah kita dengan Pakatan Harapan ini, kita mahu selesaikan supaya pemerintahan itu didominasi orang Islam tanpa menimbulkan ketegangan kaum.
6. Kita tertarik dengan penyelesaian Tun Mahathir dalam membentuk kabinet. Kita melihat bahawa walaupun dominasi penduduk itu tidak tepat dengan keputusan pilihanraya, tapi kabinetnya majoriti orang Islam. Ini susunan Tun Mahathir.
7. Dan mungkin berlakunya perubahan parti-parti melompat ini ada hikmahnya. Hikmahnya adalah mungkin akan berlaku satu gabungan yang lain, dan menjadikan orang Islam mendominasi pemerintahan itu. Ini akan berlaku.
8. Kita kena sedar. DAP yang mewakili 20% orang Cina, kerusi yang sangat besar. Ini berlaku. Puncanya pilihanraya baru ini ialah kerana DAP membawa isu perkauman, isu agama. 90% orang bukan Islam mengundi Pakatan Harapan, yang DAP ada di dalamnya. Termasuk orang bukan Islam di Kota Bharu, di Kuala Terengganu dan lain-lain. Ini berlaku. 90% orang bukan Islam mengundi Pakatan Harapan.
9. Kemudian anak muda, (ada soalan) disebut anak muda tadi yang umur 21 hingga 30, yang tak tahu peristiwa 13 Mei. Dia tak ada lagi (waktu itu), tak tahu penyelewengan (waktu itu). Yang dia tahunya (ialah) penyelewengan Najib, penyelewengan UMNO. Dia tak ambil kira yang dulu, yang telah berlaku, dia tak ambil kira. Maka dia membuat keputusan menyokong Pakatan Harapan. 30% yang bukan Islam (daripada 90% undi DAP, jumlah daripada keseluruhan pengundi jadi 30%), campur 30% undi anak muda menyebabkan Pakatan Harapan dapat 60% (undi), menguasai pemerintahan yang tidak selaras dengan kaum. Ini menjadi satu masalah politik.
10. Dengan sebab itu (perkara ini) perlu diselesaikan, dan PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk membetulkan keadaan ini. Itu jawapan saya.
Zahirul Nukman
27 Disember 2018
#IslamMemimpin #MalaysiaSejahtera #SiriTranakripTGHH
Comments