Tiba masa bergabung tenaga.
Kita melegkapi antara satu sama lain. |
Pelajar Asasi KUIS yang sama batch dengan saya.
Mereka ini ada sesuatu yang mereka mahu. tetapi impian tersebut kebanyakannya terkubur.
Ramai yang ingin menghasilkan sesuatu. Mereka mempunyai semangat untuk memberi.
Pendekatan mereka pula lain-lain, itu perkara biasa.
Yang mahir dalam video/ fotografi, ingin menghasilkan poskad, filem pendek, vlog dan lain-lain.
Yang mahir dalam bahasa dan sastera, ingin menghasilkan buku, koleksi puisi dan lain-lain.
Yang pandai melukis, ingin hasilkan komik dakwah, kartun 4 kotak dan lain-lain.
Impian kebanyakan mereka terkubur,
Faktornya:
1. Pelajar lain tidak memberi kerjasama.
2. Mereka tidak dapat mencari kumpulan sendiri yang sama 'kepala' dengan mereka.
3. Kebanyakan mereka hanya memendam, tidak meluah.
Insya-Allah, aku berharap agar kita semua bergabung untuk semester ini sampai habis belajar, sampai mati.
Kita bina teamwork, walaupun tidak sama pendekatan, namun kita perlu untuk saling melengkapi.
Kau nak buat video, aku boleh bagi panduan dan nasihat, dia boleh berlakon, dia pula buat skrip.
Aku nak buat buku, kau boleh uruskan bahagian design dan rekaletak, dia boleh tambah lukisan, dan kau pula boleh edit dan perbetulkan mana yang silap.
Dia nak buat komik dakwah, aku boleh bagi beberapa idea, kau pegang bahagian foto dan rekaletak, dan kau pula fikirkan pendekatan alternatif.
Kita ada kelebihan, tapi masih saling memerlukan. Ayuh kita gerakkan langkah, bergabung membentuk satu halaqah, bergerak atas dasar ukhuwah, dan bermatlamatkan dakwah.
^^ luahan semangat. *bubbling pagi-pagi. ahak~ Tinggalkan komentar. :)
Comments
Justeru, soalnya sama ada mahu atau tidak anugerah tersebut digunakan bersama-sama untuk memartabatkan Islam? Ia terpulang pada individu tersebut.
Sebetulnya, post ini adalah surat saya kepada rakan satu batch dalam Pengajian Asasi KUIS. Ya, terpulang kepada mereka untuk bergabung bersama-sama (dengan anugerah yang berbeza-beza) untuk tujuan yang sama. :) Wallahua'lam. ^^