Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral.



Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja.

Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya.

"Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas.

Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku.

Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas.

Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk,

Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?

Ini bukunya. Gambar ini dipetik dari Google.
Allahu Akbar. dalam fikiranku, aku yakin perempuan itu berusaha memujuk dirinya untuk bertudung. :') Justeru, aku memohon kepada kalian untuk mendoakan agar beliau berjaya memakai tudung dan istiqamah dalam memakainya.

Beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kita, namun mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya amat mudah termakbul. Insya-Allah,

Wallahua'lam.

Sila tinggalkan komentar. :)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan