PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

Disusun oleh: Zahirul Nukman Narakna



PENDAHULUAN

Turki, seperti yang kita semua sudah ketahui adalah sebuah negara yang terletak dalam dua benua, Asia dan Eropah. Di bahagian Asia, ia dipanggil sebagai Anatolia (Anadolu) dan di sebelah Eropah yang lebih popular dengan nama Balkan[1].

GEOGRAFI TURKI

Secara geografinya, ia dikelilingi oleh daratan dan lautan. Bersempadan dengan negara Bulgaria dan Greece di bahagian Eropah; Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, dan Syria di bahagian Asia. Turki juga disempadani dengan perairan Laut Hitam (yang menjadi pertikaian proksi US dan Rusia dengan isu tuntutan terhadap wilayah Crimea), Laut Aegea (antara Greece dan Turki) dan laut yang tidak asing di persempadanan Eropah-Asia), dan Laut Mediterranean (yang di dalam kawasannya terletaknya kepulauan Cyprus).

Turki menguasai selat yang penting yang memisahkan Eropah dan Asia, iaitu Selat Turki yang meliputi Selat Bosphorus[2] (menghala ke Laut Hitam), Laut Marmara dan Selat Dardanelles (menghala ke Laut Aegea dan Laut Mediterranean).

Turki mempunyai salah satu titik bumi yang tinggi, iaitu Gunung Ararat yang mencapai ketinggian 5,166 meter dari aras laut. Ia terletak di bahagian yang berhampiran dengan Armenia. Gunung Ararat adalah sebuah gunung berapi yang tidak aktif, dan dilitupi salji.

Turki termasuk dalam kategori negara-negara Timur Tengah[3] atau istilah lain, Asia Barat[4]. Perubahan istilah ini adalah kerana perbezaan kedudukan penutur istilah tersebut. Sebagai contoh, kalau mereka yang berada di Portugal, maka mereka memanggil Turki sebagai negara Timur Tengah kerana kedudukan Turki (dan Asia sendiri) terletak di bahagian Timur negara mereka. Begitu juga dengan negara Malaysia dan Jepun, mereka memanggil Turki sebagai sebuah negara Asia Barat kerana Turki terletak di bahagian Barat benua Asia. Jadi, jangan gaduh-gaduh la ye.

GOVERNANSI TURKI

Dari aspek governansi (pentadbiran) pula, Turki atau nama rasminya Turkiye Cumhuriyeti (Republik Turki) merupakan sebuah negara repubik berparlimen. Hari ‘Kemerdekaan’ mereka adalah pada tanggal 29 Oktober 1923, rentetan daripada pengisytiharan negara Republik itu selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah. Turki akan menyambut hari kebangsaan mereka pada tarikh tersebut setiap tahun.

Ibu negaranya bernama Ankara, yang terletak di bahagian Asia. Turki mempunyai 81 negeri (provinces, dipanggil sebagai iller atau ili) iaitu :

Iller di Turki
Adana
Adiyaman
Afyonkarahisar
Agri
Aksaray
Amasya
Ankara
Antalya
Ardahan
Artvin
Aydin
Balikesir
Bartin
Batman
Bayburt
Bilecik
Bingol
Burdur
Bolu
Bitlis
Bursa
Canakkale
Cankiri
Corum
Denizli
Diyarbakir
Duzce
Edirne
Elazig
Erzincan
Erzurum
Eskisehir
Gaziantep
Giresun
Gumushane
Hakkari
Hatay
Igdir
Isparta
Istanbul
Izmir (Smyrna)
Kahramanmaras
Karabuk
Karaman
Kars
Kastamonu
Kayseri
Kilis
Kirikkale
Kirklareli
Kirsehir
Kocaeli
Konya
Kutahya
Malatya
Manisa
Mardin
Mersin
Mugla
Mus
Nevsehir
Nigde
Ordu
Osmaniye
Rize
Sakarya
Samsun
Sanhurfa
Siirt
Sinop
Sirnak
Sivas
Tekirdag
Tokat
Trabzon
Tunceli
Usak
Van
Yalova
Yozgat
Zonguldak





Memandangkan Turki menggunakan sistem Republik Berparlimen, Turki diketuai oleh seorang ketua negara yang memakai gelaran Presiden. Presiden sekarang ialah Recep Tayyip Erdogan yang telah berkhidmat sejak 10 Ogos 2014.

Ketua bagi kerajaan Turki ialah Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden dalam kalangan ahli parlimen yang terpilih. PM Turki sekarang (ketika penulis menulis) bernama Binali Yildrim yang telah berkhidmat sejak 22 Mei 2016 menggantikan Ahmet Davutoglu. Beliau dibantu oleh beberapa orang Timbalan PM iaitu Nurettin Canikli (dilantik sejak 24 Mei 2016), Veysi Kaynak (dilantik sejak 24 Mei 2016), Mehmet Simsek (berkhidmat sejak 24 November 2015), Yildirim Tugrul Turkes (berkhidmat sejak 29 Ogos 2014), dan Numan Kurtulmus (berkhidmat sejak 29 Ogos 2014). Barisan kabinet atau Majlis Menteri pula dilantik oleh Presiden sendiri, selepas dicadangkan oleh PM.

Dari sistem pilihan raya pula, terdapat sekurang-kurangnya 3 pilihan raya yang perlu dihadapi oleh rakyat Turki, iaitu Pilihan Raya Tempatan, Pilihan Raya Umum dan Pilihan raya Presiden.

Pilihan Raya Umum – rakyat Turki perlu memilih 550 individu yang akan berkumpul dalam Türkiye Büyük Millet Meclisi (atau bahasa mudahnya, Parlimen Turki) mengikut kawasan pilihan raya masing-masing. Sistem yang digunakan ialah ‘party-list proportional representation system’, di mana sesebuah parti yang memenangi kawasan tersebut akan memegang kawasan tersebut selama 4 tahun. Sekiranya seseorang ahli Parlimen meninggal dunia, parti yang diwakilinya sendiri akan melantik individu lain untuk menggantikannya tanpa melalui pilihan raya kecil.

Pilihan Raya Tempatan – merupakan pemilihan datuk bandar bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Turki. Datuk Bandar yang dilantik akan memegang selama 5 tahun.

Pilihan Raya Presiden - Presiden diundi berdasarkan undi popular (iaitu jumlah undi daripada rakyat, bukan mengikut majoriti kawasan) yang diterima, dan menggunakan ‘two-round system’ iaitu undia sebanyak dua kali pusingan di semua kawasan dalam Turki. Presiden biasanya akan dipilih setiap 5 tahun sekali.

Terdapat lebh kurang 6 buah parti-parti politik yang terkenal di Turki, iaitu :

Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP)[5] yang diketuai oleh Binali Yildrim.

Cumhuriyet Halk Partisi (CHP)[6] yang diketuai oleh Kemal Kilicdaroglu.

Milliyetçi Hareket Partisi (MHP)[7] yang diketuai oleh Devlet Bahceli

Halkların Demokratik Partisi (HDP)[8] yang diketuai oleh Selahattin Demirtas

Saadet Partisi (SP)[9] yang diketuai oleh Mustafa Kamalak

Demokratik Parti (DP)[10] yang diketuai oleh Gultekin Uysal.


PENUTUP

Inilah beberapa perkara sebagai rujukan awal dalam mana-mana perkaitan berkenaan Turki. Semoga tulisan ini bermanfaat. Menjadi revisi bagi mereka yang baru berjinak dalam mempelajari negara Turki.

-------------------------------
ENDNOTE

[1] Balkan adalah kawasan Eropah yang meliputi negara Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Montenegro, Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki.

[2] Di kawasan Bosphorus ini juga terletaknya Selat Tanduk Emas (Golden Horn Straits) yang terkenal dengan sejarah Muhamad Al-Fateh membuka wilayah Konstantinopel (kini Istanbul).

[3] Middle East; sebutan yang digunakan oleh mereka yang di Amerika dan Eropah

[4] Western Asia; sebutan ini digunakan oleh mereka yang berada di wilayah sebelah Asia

[5] Dalam Bahasa Inggeris, AKP ialah Justice and Development Party

[6] Dalam Bahasa Inggeris, CHP ialah Republican People's Party

[7] Dalam Bahasa Inggeris, MHP ialah Nationalist Movement Party

[8] Dalam Bahasa Inggeris, HDP ialah People's Democratic Party

[9] Saadet Partisi merupakan parti politik menggantikan Fazilet Partisi, inspirasi dari gagasan Milli Gorus yang diasaskan Necmettin Erbakan.

[10] Sebelum tahun 2007, DP dikenali sebagai DoÄŸru Yol Partisi (DYP) atau True Path Party.

---------------------------------------------------------

Artikel ini merupakan salah satu artikel dari e-book Turki & Erbakan terbitan Projek Anak Muda Islam. Sekiranya berminat, boleh dropkan e-mel anda di rungan komen blog ini ye. :) 

Selamat membaca, walaupun sumbangan saya tidak seberapa untuk e-book ni. Haha.


Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan