Jun Untuk Ummah

Bulan Jun bulan sibuk. Bukan Jun sahaja, tetapi semua bulan sibuk. Mana bulan yang tak sibuk? Alhamdulillah, semalam selesai Seminar Friendly Comparative Reigion yang dikendalikan oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (India Muslim), Bro Mas-Yuri Mahyiddin (Melayu Muslim) dan Bro Ateh Kadir (Iban Muslim). Kami belajar kewajipan berdakwah, bedah bible, cabaran muallaf, perbandingan agama, salaha faham terhadap Islam dan sebagainya ! Ohsem. Hari ini (Jumaat) hingga Selasa, berlangsungnya Induksi Taaruf. Persediaan sebelum melangkah jauh. Rabu hingga Ahad depan, menyambut ketibaan mahasiswa baharu KUIS sesi pertama ambilan pertama. K & P : Kerjasama & Perpaduan. Khidmat untuk Ummah.