Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, February 17, 2012

Nota2012 : Menyelusuri Kepimpinan, Mencontohi Rasulullah

Insya-Allah, kali ini saya akan menyambung semula Nota2012 yang kedua.



29 Januari - 19 Februari 2012


Sepanjang tempoh ini, terdapat beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku seiring tarikh-tarikh penting.
Bersama-sama peristiwa tersebut , saya titipkan komentar dan pandangan saya mengenainya.
Ayuh, kita mulakan !

31 Januari 2012
- Suasana Pilihan Raya Kampus kian memuncak. Kemuncak kempen PRK kali ini ialah Ceramah Umum oleh calon-calon Presiden dan orang kanan calon Presiden. Program ini merupakan program baru julung-julung kalinya diadakan di kampus ITQAN. Tahniah kepada Sekretariat Pilihan Raya PAKSI yang mengadakan acara ini.

Ceramah dimulakan dengan orang kanan calon Presiden pertama, Saudara Izzat Qiwamuddin Huzaizi. Beliau menekankan agar pemilih dapat memilih calon yang terbaik bagi memimpin sesebuah organisasi. Masing-masing calon mempunyai kredibiliti tersendiri. Terserah kepada pengundi untuk memilih mana-mana yang terbaik bagi mereka.

Kemudian, ceramah diteruskan dengan orang kanan calon Presiden kedua, Saudara Lukmanhakim Rosli. Beliau berkempen agar pengundi dapat mengundi calon pilihannya. Beliau turut berharap agar pengundi dapat memilih pemimpin yang terbaik.

Penceramah ketiga pula ialah calon Presiden, Saudara Muhammad Zuhairi bin Abdul Ghapar. Beliau merupakan Ketua Fasilitator Unit Bimbingan & Kaunseling ITQAN.
Dalam ceramah beliau, beliau berharap agar ukhuwah pelajar sebagai Hamalatul Quran di bumi ITQAN akan terjaga.

"Sekiranya hadirnya saya, menyebabkan ITQAN berpecah dan ukhuwah anatara kita tercalar, maka saya berjanji akan mengundurkan diri"
- Muhammad Zuhairi Abdul Ghapar

Penceramah keempat pula ialah calon Presiden, Saudara Muhammad Husaini Mohd Ali Napiah. Beliau merupakan Pengerusi Kelab Nasyid ITQAN.
Dalam ceramah beliau, beliau menekankan kepentingan pelajar bergerak sebagai sebuah Jemaah.

"Saya berharap agar kita dapat kembali semula kepada moto PAKSI iaitu Berfikir, Berbincang, Bertindak.
Berfikir sebagai Hamlatul Quran, Berbincang secara Syura, Bertindak sebagai sebuah Jemaah"
- Muhammad Husaini Mohd Ali Napiah

Seterusnya, ceramah penutup oleh Guru Penasihat PAKSI, Ustaz Ahmad Mukhlis Zainol.
Beliau menekankan kepentingan siswa dan siswi dalam memajukan diri untuk kecemerlangan diri. Beliau berharap agar PAKSI tidak hanya menjadi pembangkang kepada segala usaha pihak Pentadbiran, tetapi bersama-sama menyokong segala program dan perubahan dari pihak pentadbiran ITQAN.

02 Februari 2012 (02022012)






- Hari ini merupakan Hari Pengundian (Sebelah Petang), dan Mesyuarat Agung Tahunan PAKSI (Sebelah Malam). Alhamdulillah, gandingan mantap telah dipilih secara Demokrasi dan Syura. :)

Berikut merupakan senarai penyandang Kepimpinan PAKSI bagi 2012.

Presiden:
Muhammad Husaini Mohd Ali Napiah

Timbalan Presiden:
Muhammad Ihsan Mohd Zaini

Setiausaha Agung:
Izzat Qiwamuddin Huzaizi

Timbalan Setiausaha Agung:
Muhammad Azim Zakaria

Bendahari Agung:
Jamal Maziz Mansor

EXCO:
Muhammad Akasyah Ariffin
Khairul Amirin Ahmad Hariri Bashah
Muhammad Hurairah Ahmad Tarmizi
Muhammad Amirul Safwan Arzahar
Muhammad Shahidzul Hafiz Sazali

EXCO Hewi: Norul Huda Mohd Yunos
Timbalan EXCO Hewi: Siti Ruqaiyah Zainuddin

Setelah bermesyuarat, maka seramai 3 orang siswa dilantik sebagai EXCO, menjadi kesemua EXCO termasuk Hewi, 9 orang keseluruhannya. Mereka ialah:

Muhammad Zuhairi Abdul Ghapar
Mohd Arif Mohd Yusof
Mohd Nasrullah Daud

Tahniah dan Takziah diucapkan atas pentaklifan yang diberikan.

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H






Sambutan Maulid mula meriah dengan Bacaan Maulid Al-Daibaie setiap malam Jumaat sepanjang Rabiulawal 1433H.


4 Februari 2012
Suausana sambutan Maulid tahun ini dimulakan dengan Kuliah Subuh Sirah Nabawi oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Azizullah bin Jama Rashid. Beliau memceritakan perihal keistimewaan Rasulullah s.a.w ketika sebelum dilahirkan lagi ke Dunia ini.

5 Februari 2012


Al-Musnid Datuk Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki




Bermula Asar sehingga 10.30 malam. Kami (satu Bas) bergerak ke program sambutan Maulid Rasul di Masjid Kampung Nerasau, Rembau, NSDK. Program Maulid tersebut adalah anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan dengan Kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Nerasau. Perjalanan program adalah seperti berikut:

Petang:
Solat Asar berjemaah.
Bacaan Hizib Al-Bahr
Qasidah.
Bacaan Maulud Imam Jaafar Al-Barzanji

Ketibaan Al-Musnid Datuk Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki, membahaskan bait-bait Maulud Al-Barzanji.

Berehat seketika, menjamu selera...

Malam:
Solat Maghrib
Program kemuncak dimulakan.
-Ucapan Nazir Masjid Kampung Nerasau
-Syarahan oleh Al-Musnid Datuk Sheikh, beliau menceriakan perihal kelebihan golongan yang mengejar ilmu demi Akhirat.
-Bacaan Maulud Al-Barzanji dan syarahan bait diteruskan.
-Pelancaran Bunga Api, dan Doa oleh Sheikh Fuad
Solat Isyak
Makan, dan Bersurai

6 Februari 2012
Pagi. Sebuah program telah dianjurkan oleh Asrama ITQAN dan Persatuan Kebajikan Siswa & Siswi ITQAN (PAKSI). Program tersebut dinamakan Program Perarakan Maulid Al-Rasul peringkat ITQAN 1433H.
Pelajar, guru dan penceramah jemputan telah bersama-sama berselwat dan berarak dari Pos Pengawal ITQAN hingga Dewan Besar Al-Syatibi ITQAN.
Setelah berarak, telah diadakan Solat Dhuha Berjemaah dan Kuliah Dhuha bertajuk Rasulullah Pemimpin Super Power. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Abdul Razak, Pegawai PAID Melaka.

Tahniah kepda penganjur, Asrama ITQAN dan PAKSI.

12 Februari 2012






"Setiap orang akan melalui Kematian", cuma masanya tidak diketahui. Sebagi persediaan, maka PAKSI telah mengorak langkah mengadakan sebuah program 'Kursus Pengurusan Jenazah Siri III'.
Program telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairi Zainuddin, Pengarah Penerbitan Al-Azhar Media. Tahniah kepada Pengarah Program, Muhammad Hurairah Ahmad Tarmizi dan barisan jawatankuasanya. Syabas !

Alhamdulillah, ini sahajalah program yang diadakan sepanjang beberapa hari ini. Apa yang penting, matlamat Islah dan Tarbiah tidak lari daripada menjadi matlamat dan misi demi menegakkan syiar Islam.

Sekian. nantikan artikel saya, insya-Allah menyusul. :)
Share:

1 Komentar:

hawiz said...

byk kisah2 dan dugaan kan..

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi