Dua Acara Satu Hari : amal dan Ilmu terpateri



alhamdulillah, setelah lama menunggu, akhirnya 428 muncul.

harinya hari sabtu. entah mengapa, institutku membenarkan pelajar semua bercuti.

satu rahmat bagi kami. semua pelajar bercuti.

dan 428 menjelma. aku bangkit bersiap sedia.

seawal jam 7.30 sudah muncul di KTM seremban.

menunggu rakyat marhaen seremban menaiki komuter

menuju kota raya kuala lumpur...


bersamaku pimpinan pas seremban, mungkin juga satu negeri sembilan.

jam 0855 pun datang, lalu kami menaiki gerabak

berdiri segerabak dengan YB paroi, yang telah naik dari sungai gadut

melalui stesen ke stesen dengan sorakan, dan takbir

tatkala ramai yang mengenakan pakaian kuning sedang menanti gerabak kami


atas tiket tertera Seremban - KL Sentral, tetapi terlajak hingga ke Kuala Lumpur.

pedulikan. nasib menyebelahi aku. tuhan ingin menolong.

jujur, tiba di Kuala Lumpur, aku telah terpisah dengan rombongan Seremban tadi.

cuma cuba mengekori ke mana yb paori pergi.


kita bergerak menuju masjid negara,

ke pintu bukan utama, ditutup oleh penguasa.

lalu menuju ke pintu alternatif, masuk ke perkarangan masjid.

Alhamdulillah. Tuhan memberiku peluang mengerjakan dhuha di sana.

suasana tenang dan aman di masjid.

ramai yang lepak santai di perkarangan.

*sementara di belah hadapan, rakyat sedang berkumpul di tepi jalan.


tengah hari pun masuk, tan sri abd kadir sheikh fadzir tiba ke masjid.

ucapan permulaan dengan assalamualaikum.

kemudian melambai kepada semua yang sedang berkumpul


di sebelah lain, polis telah lama menutup jalan,

menyekat perjalanan secara drastik, tanpa apa-apa signal.

kereta , lori, motorsikal yang melalui jalan tersebut tersangkut.

bukan angkara kami peserta bersih (kerana kami berkumpul dalam kawasan masjid),

tetap salahkan polis yang telah menutup ruang perjalanan kalian!


zuhur pun masuk, hari ini hari sabtu.

tetapi solat zuhur seperti solat semalamnya, solat jumaat.

penuh. sesak.

usai imam men=mbacakan doa, laungan takbir sahut sahutan

Takbir ! Allahu Akbar !


usai zuhur, jemaah dan peserta bersih memulakan perjalanan

bergerak menuju ke dataran.

laungan nyanyian sahut menyahut

Bersih ! Bersih ! Bersih !

Hidup Hidup ! Hidup Rakyat !

Turun Turun ! Turun Najib !

Musnah Musnah ! musnah Rosmah !

Jatuh jatuh ! Jatuh Regim !

Sallallahu Ala Muhammad, Sallallahu Alaihi Wassalam (selawat)

La Ilaha Illa Allah ! (Tahlil)

antara lirik laungan semangat peserta



kini semua berkumpul di dataran maybank pudu

mendengar taklimat pimpinan

tuan guru haji hadi (PAS),

tan sri kadir sheikh fadzir (AMANAH),

anthony loke siew fook (DAP)

tan seng giaw (PKR)

nazree yunus (AMK)

ustaz nasrudin hassan tantawi (DPPM)


usai ucapan aluan semua,

terus bergerak menuju pejabat agung parti islam

ada juga adegan kejar mengejar antara polis,

ada yang sudah mula ditahan,



tiba ke maju junction, aku terpaksa mengundurkan diri

atas faktor polis mula bertindak agresif.

mengambil alternatif menuju pwtc






pwtc juga tidak kurang meriahnya

apakan tidak, peserta bersih pun ramai juga yang turut serta

dari maju junction ke pwtc menggunakan dua kaki anugerah allah.

alhamdulillah, melalui jalan belakang menuju pwtc.

jujurku katakan

sungguh tidak percaya boleh melangkah sejauh ini.

tidak langsung rasa penat amat

lenguh baru tiba bila malam menjelma



di pwtc,

hanya beberapa tempat yang sempat

pts, galeri ilmu duduk dalam satu dewan.

telaga biru pula berbooth dua, aras dua dan tiga

yayasan restu menyorok di bilik perak

dan agak tertekan bila mana makcik linguaphone

menarik-narik ku mendengar penerangan percuma mereka

dasar pembohong ! kata penerangan 3 minit, tetapi telah mencecah 30 minit.

30 minit aku menadah telinga, tanpa sekelumit ikhlas.

maaf kukatakan, aku memerlukan masa itu untuk men'survey' buku,

tetapi kini, mereka memakan masaku. aku telah menolak beberapa kali daripada mendengar,

tetapi paksaan demi paksaan diberikan. dan aku tewas.


sumpah, aku membazir 30 minit tanpa aku dapat apa-apa.

setelah itu, aku meneruskan perjalanan ke telaga biru, masa sudah suntuk.

hanya beberapa buku sahaja yang dapat dibeli

semuanya sebab linguaphone. *kepada yang rasa banyak masa tak tahu dah buang kat mana, boleh perli ke aras tiga untuk mendengar PENERANGAN PERCUMA linguaphone. :) #promosi'hebat'



malam menjelma, aku meneruskan perjalanan ke pantai dalam.

aku dapat info 3 orang meninggal akibat dirempuh polis !

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun....

dalam perjalanan ke pantai, berhenti seketika di bandaraya

molekul-2 gas pemedih mata masih bertebaran, tekak mula cepat kering.

aduh, banyak-banyakkan minum air..

dan akhirnya tiba ke pantai dalam.


maka berakhirlah ceirtaku pada hari ini. :)

sungguh bermakna buatku,

walaupun tidak pergi secara penuh hingga ke dataran merdeka.

tahniah dariku buat peserta bersih semua ! :)

Allah bersama mereka yang benar !

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan