Ukhuwah yang tidak terbeli

Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha.

Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun.

Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :')

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Biasalah hiruk pikuk jadinya kampung ni bila anak beranak semua berkumpul. haha. *Gambar tiada, sebab aku tak sempat nak ambil gambar dari kamera maklong. >,<'

Esok paginya aku balik semula ke KUIS. Cepat kan? Ramai yang kata, kenapa tak balik je rumah tu? kenapa awal sangat balik kuis? bla bla bla haha. Tapi entahlah, rasa kemalasan yang amat bila duduk rumah. Bukan buat apa pun sebenarnya. Nak berjalan, kereta dekat kak long. Haa, kaklong aku dah kerja dekat Shah Alam tau, bersama kereta kancil itu ! haish.

Aku balik awal ni sebab aku nak ke #MyGMJ dekat Shah Alam.

#MyGMJ

Hasrat hati nak ke MyGMJ ni sudah lama. Seminggu sebelum program berlangsung lagi dah rancang nak pergi. Cuma, yang belum dirancang adalah pergi dengan siapa? haha.



Kebetulan selang beberapa hari aku promotekan iklan dekat grup Foundation tu, Syazwan offer dekat aku yang nak pergi sama-sama. Persoalan, "Naik apa?" Dia jawab, motor. Waktu tu aku cuba bayangkan yang aku dan dia naik satu motor. Mulanya, memang tak mampu nak bayang.

Sehari sebelum har kejadian, Syazwan mengalami kemalangan kecil. Lutut dan siku luka. Dan aku memang merasakan keperitan itu. Berdarah di siku dan lutut, mana tak sakit? =,='

Namun, di hari kejadian, dia gagahkan juga nak pergi MyGMJ tu, tekad juga nak bawa aku. Part ni aku serba salah. Manakan tidak, dengan lutut sakit, dari Shah Alam pergi Bangi, dengan motor, berdua lagi. fuhh.  Salute habis kau sahabat. :)



Sampai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sakitnya jelas. Duduk di atas motor hampir sejam membuatkan tulang belakang rasa amat lenguh. haha. Kami terus ke kawasan program.

(entri MyGMJ akan berpautan di sini nanti, Insya-Allah)

Sesudah habis program sahaja, sakit beliau semakin jelas. Sudah lama duduk, lutut pasti sukar untuk dibengkok. Apa-apapun, beliau tetap mengambil keputusan untuk terus memecut ke Bandar Seri Putra. Pesanku agar berhenti dahulu di mana-mana RnR, tidak diendahkan. Bukan apa, ujar beliau "kalau sudah berhenti nanti, rasa berat nak gerak". Ada benar katanya, namun aku masih risaukan dia. Haih dia ni.

"Anak Muda Harus Berani!" itu je kata-kata yang mampu dijadikan alasan agar terus kental mengharungi segala dugaan.

Sesampai di BSP, kami solat Isyak dahulu di Surau PLUS BSP. Berehat sebentar, kemudian mengisi perut yang kekosongan sejak petang. Selesai makan, menginap di rumah Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr, finalis Daie Muda TV3 di kawasan Bandar Seri Putra. Kami lena keletihan.

Sungguh, aku kagum dengan semangat sahabatku ini.
Semoga ukhuwah yang tidak terbeli ini sampai akhirat nanti.

P/S: Entri tentang MyGMJ nanti akan kukongsikan, insya-Allah. :)

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan