Lima Bersaudara Kebanggaan Hamba.



5 lelaki 'bersaudara' ni, sememangnya 5 orang yang saya hormat dan tabik sejak saya kenal mereka di pengajian menengah.

(Dari kiri) Ihsan, Ayie, Akasyah, Arif & Huzaifah.

Cerita pasal ukhuwah, mereka ni bagi saya (dalam circle saya) antara goal yang perlu dicapai. Yang pastinya, saya tidak akan boleh capai tahap mereka. Haha. 

Masing-masing berbeza kecenderungan, berbeza minat, tapi diorang tetap boleh bersama kalau ada apa-apa.

Malang bagi saya, dalam kesemua majlis perkahwinan mereka (setakat ni baru 4 orang yang berkahwin), saya hanya sempat pergi satu sahaja, iaitu majlis Ihsan, itupon sebelah lelaki. Sahabat yang teruk kan?

Dalam kalangan pasangan mereka pula, saya hanya kenal rapat dengan dua orang sahaja, Sakinah (Isteri Ihsan) & Kak Yam (Isteri Akasyah). Isteri Arif, pernah kenal cuma kenal dari jauh sahaja, Isteri Ayie tak pernah kenal. Haha.

Sakinah, rakan se-batch semasa di pengajian diploma dahulu, dan salah seorang ahli usrah #HB.

Kak Yam pula, rakan se-kelab dalam Kelab Al-Azhar Members KUIS, seorang kakak yang sentiasa positif, dan mempositifkan orang lain.

Malas nak post di Facebook, jadi saya rasa lebih baik post di tempat yang orang sudah jarang post, Blog.

Terima kasih atas perkenalan kita semua. Saya bangga dan bersyukur dapat mengenali anda semua.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan