Yang di-Pertua (dan Timbalan Yang di-Pertua) Dewan Undangan Negeri, pasca-PRN 2023


Ketiga-tiga negeri yang ditadbir Perikatan Nasional memperlihatkan pelantikan baharu Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua DUN masing-masing. Malah, Terengganu buat julung-julung kalinya memperkenalkan jawatan Timbalan Yang di-Pertua DUN pada penggal ini. Nisbah pelantikan sama, Yang di-Pertua dilantik daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), manakala timbalannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kelantan:

  • YDP: YB Dato' Nik Mohd Amar Abdullah (ADUN Panchor)
  • TYDP: YB Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi (ADUN Kok Lanas)

Terengganu:

  • YDP: YB Dato' Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payung)
  • TYDP: YB Khazan Che Mat (ADUN Seberang Takir)

Kedah:

  • YDP: YB Zubir Ahmad
  • TYDP: YB Abdul Razak Khamis (ADUN Sungai Tiang)

========

Ketiga-tiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan pula menyaksikan pertukaran dua Yang di-Pertua DUN iaitu di Selangor dan Negeri Sembilan. Yang di-Pertua DUN Pulau Pinang daripada Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) pula telah dilantik untuk penggal ketiga. Ketiga-tiga Yang di-Pertua DUN dilantik bukan daripada kalangan ADUN.

Timbalan Yang di-Pertua DUN pula dilantik di Pulau Pinang dan Selangor, manakala di Negeri Sembilan, jawatan tersebut belum dilantik pada hari pertama persidangan DUN yang berlangsung hari ini.

Pulau Pinang:

  • YDP: YB Dato' Law Choo Kiang (Keadilan)
  • TYDP: YB Azrul Mahathir Aziz (Amanah-Bayan Lepas)

Selangor:

  • YDP: YB Lau Weng San (DAP)
  • TYDP: YB Mohd Kamri Kamaruddin (Keadilan-Bukit Antarabangsa)

Negeri Sembilan

  • YDP: YB Dato' MK Ibrahim Abd Rahman (Amanah)
  • TYDP: belum dilantik.

Sekian, kemas kini semasa pasca-PRN 2023.


Tinggalkan pendapat anda

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan