Sekolah Rendahku | SRAIPB

Mula Dibina Pada Tahun 1969. Tapak Asal Terletak Di Perkarangan Masjid Raja Alang. Pembangunan bermula pada 1979 di mana mengandungi satu blok tiga bilik darjah dan satu ruang pejabat yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Menerima peruntukan daripada pembangunan luar bandar ( PLB ) untuk membina satu blok empat bilik darjah. Pada tahun berikutnya SRAIPB telah menerima peruntukan dari kerajaan negeri melalui JKR untuk membina satu blok yang mengandungi enam bilik darjah.


Pada tahun 1999 SRAIPB telah menerima peruntukan daripada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) sebanyak RM 100,000 bagi membina satu blok empat bilik darjah untuk menempatkan murid-murid integrasi yang memulakan sesi persekolahan Januari 2000. Pembangunan surau sekolah separuh kayu telah dibiayai oleh PLB pada mulanya. Kemudian PLB memberi peruntukan RM 20, 000 lagi untuk memasang jubin dan syiling surau. Pada tahun 2002, sekali lagi PLB memberi peruntukan sebanyak RM 10,000 bagi menaik taraf surau sekolah.


Pihak sekolah juga menerima peruntukan daripada PLB untuk membina sebuah kantin yang agak kecil. Oleh yang demikian JAIS telah membiayai kos pembesaran kantin tersebut bagi memberi keselesaan kepada murid-murid pada tahun 2001. Pada tahun yang sama pihak JAIS telah membina dataran kejat bagi kemudahan murid semasa perhimpunan.pada awal tahun 2001. SRAIPB juga menerima peruntukan RM 10,000 daripada YAB Adun Beranang untuk satu blok tandas murid dan guru yang menelan belanja RM 24,000. YAB membayar lagi sebanyak RM 10,000 bagi menampung kekurangan bayaran tersebut.


Oleh kerana SRAI Pekan Beranang mengalami perubahan mendadak disebabkan proses persekolahan daripada sistem SRA kepada SRAI mulai Januari 2000 hingga sekarang, bagi merealisasikan impian semua pihak, maka amat wajar SRAI Pekan Beranang diberi perhatian serius bagi membina sekurang-kurangnya dua puluh bilik darjah bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan satu blok bangunan pentadbiran termasuk pejabat, bilik guru, makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup, pusat sumber dan lain-lain lagi.


Pada tahun 2005, SRAI Pekan Beranang telah menerima peruntukan sebanyak RM 3,000,000 ( Tiga Juta ) untuk membina dua puluh bilik darjah dan telah siap diguna pakai pada tahun Februari 2006.

Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan