Profil Ringkas ITQAN
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) telah ditubuhkan pada tahun 1991 di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh dengan nama Kelas Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan. Penubuhannya merupakan hasil cetusan idea mantan Menteri Besar Negeri Sembilan (kini ADUN Pasir Panjang), YB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad. Kelas tersebut ditempatkan di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan selama 11 tahun dengan pengambilan pertama seramai 17 orang pelajar.
Pengurusan ITQAN dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentabdiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Pada tahun 2002, Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah membina kompleks khas bernilai RM27 juta yang terletak berhampiran Pekan Gemencheh bagi menempatkan pelajar untuk memberi keselesaan dan membuka lebih banyak peluang belajar kepada anak-anak Negeri Sembilan. Penubuhan ITQAN merupakan adaptasi daripada Maahad Tahfiz Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kompleks berkenaan siap dibina dan mula digunakan pada Februari 2003. Ia telah dirasmikan pada Mac 2004 oleh mantan Menteri Besar. Secara rasminya, ia dinamakan sebagai Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN).Pengetua pertama ITQAN ialah Tuan Haji Md Ali Tajid yang berkhidmat dari tahun 2002 hingga tahun 2004.
Sebelum ini, ITQAN menawarkan kemasukan dalam kalangan pelajar lelaki sahaja tetapi pada tahun 2007, ITQAN telah membuka peluang kepada pelajar perempuan untuk melanjutkan pengajian Diploma di sini.
CARA HUBUNGI
Alamat: Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Telefon: +606-4319598
No Faksimile: +606-4319505
Facebook: facebook.com/ITQANS (Search: Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan)
Comments
[SHBMmumtaz] - USIM
https://www.facebook.com/ITQANS