Kenapa kau sembah bangunan kain hitam tu..???

Kejadian di kedai kopi antara 2 Pemuda Islam dan Bukan Islam




Non-Muslim (NM) : Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

Muslim (M): "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

NM: "Baitullah tu apa?" ...

M: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

NM: "Allah ada dalam tu?"

M: "Tak.."

NM: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

M: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

NM: "Kamu sembah apa?"

M: "Saya sembah Allah swt"

NM: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

M: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

NM: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

M: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

NM: "Pernah.. selalu.."

M: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

NM: "Tengok perlawanan bola la.."

M: "Di mana?"

NM: "Dalam tv la.."

M: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

NM: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

M: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

NM: "So..?"

M: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

NM: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

M: "Peliknya.."

NM: "Sebab apa pulak pelik?"

M: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

NM: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

M: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

NM: "Ya.. tak pelik.."

M: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

NM: "Erk.. kau betul.."


Comments

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan