Assalamualaikum semua.. Ramadan kembali lagi.. ayuh kita mencari keberkatannya... Bulan Ramadan. Sinonim dengan puasa, tarawih, zakat fitrah, sahur, dan tadarus. Oh ya, bercakap tentang Tarawih..saya ada pendapat yang ingin keutarakan.... Tarawih, merupakan solat yang dikhususkan untuk bulan Ramadan sahaja. Ia boleh dilakukan dari 8 rakaat hingga 20 rakaat. (banyak perbahasan dalam bilangan rakaat tarawih ni sebenarnya, tapi kita ambil jalan wasatiyyah. Solat Tarawih merupakan solat sunat. jadi, terpulang nak buat berapa rakaat yang kita nak... ada pendapat mengatakan terawih 36 rakaat !!! Tarawih biasa dilakukan secara berjemaah.Berbicara tentang jemaah solat ni... 1) Budak-budak kecil (Budak bawah 13 tahun) dikehendaki duduk di saf belakang 2) Saf kedua, ketiga, biasanya dimulakan dengan belah kanan atau kiri. Yang nombor satu tu.... saya tak berapa setujulah... bukan apa, kalau difikirkan, Masjid tak kan hirukpikuk dengan suara kanak-kanak sekiranya mer...