Solat | Saf Jemaah




Assalamualaikum semua.. Ramadan kembali lagi.. ayuh kita mencari keberkatannya...

Bulan Ramadan. Sinonim dengan puasa, tarawih, zakat fitrah, sahur, dan tadarus. Oh ya, bercakap tentang Tarawih..saya ada pendapat yang ingin keutarakan....

Tarawih, merupakan solat yang dikhususkan untuk bulan Ramadan  sahaja.
Ia boleh dilakukan dari 8 rakaat hingga 20 rakaat. (banyak perbahasan dalam bilangan rakaat tarawih ni sebenarnya, tapi kita ambil jalan wasatiyyah. Solat Tarawih merupakan solat sunat. jadi, terpulang nak buat berapa rakaat yang kita nak... ada pendapat mengatakan terawih 36 rakaat !!!

Tarawih biasa dilakukan secara berjemaah.Berbicara tentang jemaah solat ni...

1) Budak-budak kecil (Budak bawah 13 tahun) dikehendaki duduk di saf belakang

2) Saf kedua, ketiga, biasanya  dimulakan dengan belah kanan atau kiri.

Yang nombor satu tu.... saya tak berapa setujulah... bukan apa, kalau difikirkan, Masjid tak kan hirukpikuk dengan suara kanak-kanak sekiranya mereka solat disebelah bapa mereka...
Jika diletakkan mereka di saf belakang, saya jamin, tak ramai yang akan solat dengan betul. Mereka akan bermain terutama bila berjumpa rakan sebaya mereka...

Yang kedua pun kurang bersetuju juga... saf sebenarnya bermula di bahagian tengah. Jadi adalah menjadi satu kesalahan sekiranya saf dimulakan di sebelah kiri atau kanan. Bagi meeka yang baru masuk masjid, kemudian saf di belakang (ke-2 atau seterusnya) bermula dari belah tepi, maka solat sahaja di bahagian tengah, lagi molek sekiranya ada meneuk orang hadapan anda untuk melengkapkan saf...

tu je pendapat saya.. kalau salah, harap tegur.. :)

wassalam...

Comments

Nazrul Izzat said…
saya amik sikit dalam post kamuu...

"click sini"

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan

Al-Nasr : Pertolongan