Kutub Sittah | Part II
Sambungan daripada Kutub Sittah | Part 1 ( Di sini ) Gambar Hiasan Kitab Sahih Bukhari Sahih Bukhari, nama penuhnya menurut Imam Nawawi, Al-Jamiā Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi , manakala menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Al-Jamiā Al-Sahih Al-Musnad min Hadithi Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi , merupakan kitab koleksi Hadith yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadith-hadith yang terkandung dan tersusun dalam Sahih ini dianggap oleh hamper keseluruhan penganut Muslim aliran Sunni adalah antara yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kaedah yang sangat ketat dalam memilih hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika Muslim Sunni mengganggap Sahih Muslim adalah Kitab yang kedua paling murni dan suci selepas al-Quran. Imam Bukhari menghabiskan w...